Monday, August 3, 2009

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah 2 Ogos 2009

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah telah diadakan pada 2 Ogos 2009. Di rasmikan oleh Y.B. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Dalam Negeri.

Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah 25 Julai 2009

Pada 25 Julai 2009 yang lalu, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah. Mesyuarat tersebut diadakan di tingkat 4, Bangunan UMNO Masjid Tanah, jam 2.30 petang.

Perasmian mesyuarat tersebut oleh Dato'Mohd Khairun Tan Sri Aseh, Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Jawatan yang diberikan pada kita adalah amanah, justeru itu, barisan kepimpinan pemuda mestilah mampu mentadbir, mengurus dan memahami hala tuju parti.


"Kita tidak boleh mengambil mudah akan soal-soal yang menyentuh kepentingan parti," kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Khairun Aseh.

Beliau berkata, tanggungjawab memperkasakan parti mestilah datang dari semua ahli parti dan ahli-ahli pemuda merupakan pewaris kepada kepimpinan UMNO serta meminta kepimpinan lain sentiasa memberi teguran dan pandangan membina.

“Ianya juga adalah untuk pemuda memantapkan lagi jati diri dan berperanan dalam menggerakkan parti,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Perasmian Mesyuarat Agung Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah di Bangunan UMNO Bahagian Masjid Tanah di sini.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Abu Seman Yusop; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah, Hasnoul Hisham Mat Hasim; barisan jawatankuasa bahagian pemuda dan UMNO Bahagian Masjid Tanah.

Khairun berkata, setiap pemuda harus mewujudkan makanisme parti lebih proaktif yang mana peranannya untuk bertindak balas secara agresif dan sensitif menangani setiap isu dimanipulasikan oleh pembangkang terutama yang menyentuh kontrak sosial, perlembangaan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan agama Islam.

Jelasnya, ianya mampu menguasai dan mahir dalam strategi politik bagi menarik minat generasi muda khususnya generasi pasca Merdeka.

Sehubungan itu, Khairun mengucapkan tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah yang telah berjaya melaksanakan sebanyak 80 program meliputi semua kawasan dalam Bahagian Masjid Tanah pada tahun ini.

Menurutnya, program itu secara tidak langsung memantapkan jati diri, memperkukuhkan ketahanan mental dan fizikal barisan kepimpinan pemuda dalam bahagian ini.

“Kita sedia maklum bahawa kejayaan sebenar tidak boleh dicapai dalam sekelip mata, namun perancangan program-program yang telah dan akan dilaksanakan secara berterusan boleh memberikan impak positif kepada rakyat.

“Saya yakin semangat juang yang ditunjukkan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah ini akan mengembalikan sokongan rakyat terutama di saluran tiga dan empat pada pilihran raya akan datang.

"Oleh itu, kita perlu mengamalkan sikap keterbukaan dan sentiasa mendekati serta memahami permasalahan rakyat dari semasa ke semasa," katanya.

Terdahulu, seramai 119 ahli setiap kawasan menghadiri mesyuarat tersebut pada tahun ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...