Thursday, December 31, 2009

Program Khidmat Masyarakat 2009

Pada 27 Dec 2009 yang lalu telah diadakan Program Khidmat Masyarakat anjuran Biro Pelajaran & Pengajian Tinggi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah bersama UTEM & JKKK Kg. Baru, Kuala Sungai Baru. Program berlangsung di Balairaya Kampung Baru, Kuala Sungai Baru, Melaka.
Perasmian Penutup oleh YB Datuk Wira Abu Seman Yusop, Ahli Parlimen Masjid Tanah merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Antara aktiviti adalah ceramah kesihatan, ceramah motivasi, pertandingan mewarna, derma darah, pertandingan bowling tradisional dll.
Antara lain objektif program ini adalah untuk meningkatkan minat pelajar di dalam bidang kejuruteraan, menjalani cara hidup sihat dan meningkatkan kerjasama antara pemuda dengan masyarakat.

Monday, December 28, 2009

Perlawanan akhir Bolasepak Piala YB Hj Amiruddin Yusop DUN Ayer Limau

Pada 25 Dec 2009 telah diadakan perlawanan akhir Bolasepak Piala YB Hj Amiruddin Yusop DUN Ayer Limau antara Pemuda UMNO Caw. Felcra Ramuan Cina vs Pemuda Sg Baru Estate

Juara: Pemuda Sg Baru Estate
Naib Juara: Pemuda UMNO Caw. Felcra Ramuan Cina
Ke3: Pemuda UMNO Caw. Bukit Apit
Ke 4: Pemuda UMNO Caw. Kg. Pinang

Friday, December 11, 2009

Sukan Bowling Merapatkan Persefahaman

Pada 10 Dec 2009, telah diadakan Kejohanan Bowling Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah di MIBC, MITC, Melaka. Sebanyak 15 pasukan yang menyertai kejohanan ini yang mewakili DUN masing-masing dan 3 pasukan dari AJK Pemuda Bahagian.



Kejohanan julung kali ini adalah yang pertama dan insyallah akan dilakukan setiap 6 bulan sekali sekaligus mengeratkan kerjasama & persefahaman di kalangan ahli pemuda.
Kejohanan ini diserikan lagi dengan singgah hormat oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Muar, YB Dato' Razali Ibrahim. Beliau sempat membuat balingan dan beramah mesra dengan ahli-ahli & AJK pemuda.



Johan keseluruhan adalah pasukan DUN Taboh Naning.

Tuesday, December 8, 2009

Pertandingan Bowling Antara DUN peringkat Parlimen Masjid Tanah

Makluman kepada semua ahli Pergerakan Pemuda UMNO di Bahagian Masjid Tanah satu kejohanan bowling akan diadakan pada ketentuan yang berikut:



KEJOHANAN BOWLING ANTARA DUN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

Anjuran: Biro Belia & Sukan, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah
Tarikh: 10 Disember 2009 Masa: 8.00 malam
Tempat: Melaka International Bowling Centre, MITC Ayer Keroh, Melaka
Kategori: Berpasukan, Berpasangan & Individu

Kepada yang berminat sila berhubung kepada pengerusi penyelaras DUN masing-masing:
1. DUN Ayer Limau, Sdr. Zainal Abidin Yaakub (012-6352208)
2. DUN Tg. Bidara, Sdr. Akmal Manap (012-9270233)
3. DUN Kuala Linggi, Sdr. Seh Azmi (016-6162929)
4. DUN Taboh Naning, Sdr. Zulkifli Mohd Zain (013-6187302)
5. DUN Lendu, Sdr. Rasidi Ali (017-6675449)

Maklumat lanjut, sila berhubung kepada Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bah. Masjid Tanah, Encik Hameed (012-6076297)

(Penyertaan hanya untuk ahli pemuda UMNO di Parlimen Masjid Tanah sahaja)

Friday, December 4, 2009

Tahniah & Syabas Kepada Ketua Menteri Melaka

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah mengucapkan Tahniah & Syabas kepada YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam sempena 1o Tahun berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka - 1MALAYSIA 1 DEKAD

Tuesday, December 1, 2009

Majlis Ibadah Qurban Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah

Pada 28 Nov 2009 (Sabtu), Pergerakan Pemuda Bahagian Masjid Tanah telah mengadakan Majlis Ibdah Qurban di Taman Rekreasi Bukit Beringin, Masjid Tanah. YB Datuk Wira Abu Seman sempat meluangkan masa bersama Pemuda Bahagian Masjid untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.
Menurut Sdr Hasnoul, Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Masjid Tanah, antara lain pengisian dalam majlis tersebut adalah untuk mengeratkan tali silaturrahim antara AJK Pemuda Bahagian dan semua ketua-ketua pemuda cawangan di dalam Parlimen Masjid Tanah disamping menjalani ibahadh qurban.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...