Wednesday, August 25, 2010

Sumbangan Baju Raya Untuk Anak-anak Yatim & Golongan Susah

Oleh Abdul Samat


Bandar Masjid Tanah, 21 Ogos 2010 - Setiap kali kedatangan Ramadan, anak-anak
yatim dan golongan yang tidak berkemampuan pasti dibantu dan diraikan supaya
mereka turut gembira untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah yang diketuai oleh Saudara Hasnoul
Hisham Hashim tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan dan membawa anak-anak
yatim dan golongan yang tidak berkemampuan yang seramai 86 orang dalam Parlimen
Masjid Tanah membeli baju raya di sekitar Bandar Masjid Tanah.
Pembelian ini dilakukan secara berperingkat yang dimulakan sejak dari jam 9.00
pagi hingga jam 12.00 tengahari. Menurut Hasnoul, pakaian-pakaian yang dibeli
hari ini tidak akan dibawa balik oleh mereka kerana Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Masjid Tanah akan menyerahkan pakaian tersebut pads majlis berbuka
puasa bersama mereka yang dijangka diadakan di Masjid Tok Janggut, Paya Rumput,
Masjid Tanah pada 29 Ogos 2010, hari Ahad yang akan datang.

Friday, June 18, 2010

Belangsungkawa Seh Azmi - Hilangnya Sebutir Mutiara

Pada 13 Jun 2010, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah telah kehilangan seorang ahli jawatankuasa yang bertindak sebagai Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah iaitu arwah Seh Azmi. Beliau telah meninggal dunia di kediamannya di Kuala Sungai Baru pada tengahari Ahad (13 Jun 2010) semasa tidur. Al Fatihah.

Arwah Seh Azmi

.....Sekitar di majlis pengebumian...

Tuesday, May 4, 2010

2 Mei 2010-Perasmian Persidangan Tahunan Cawangan UMNO Secara Berkelompok Tahun 2010

2 Mei 2010-Perasmian Persidangan Tahunan Cawangan UMNO Secara Berkelompok Tahun 2010.

Majlis telah sempurna dirasmikan oleh YB Datuk Wira Abu Seman Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah. Antara tetamu kenamaan yang hadir adalah YB Tan Sri Isa Samad, ADUN Bagan Pinang.


Monday, April 5, 2010

4 April 2010 - Kursus Pengenalan UMB DUN Lendu

Masjid Tanah, 4 April 2010. Telah diadakan Kursus Pengenalan UMB peringkat DUN Lendu bertempat di Pusat Jalur Lebar Komuniti, Kampung Pulau Semut, Masjid Tanah, Melaka.
Seramai 20 orang peserta telah mengikuti kursus asas tersebut yang terdiri daripada 10 orang Pemuda dan 10 orang Puteri dari DUN Lendu.

Kursus tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Idderis bin Kasim, Ahli Dewan Undangan Negeri Lendu. Antara yang hadir adalah Saudara Abd Kadir, Pengerusi UMB Negeri Melaka, Suadara Mohd Hanif, Setiausaha UMB Negeri Melaka, Saudara Abdul Samat, Pen. S/Usaha UMB Negeri Melaka, Saudara Asrizam, Pengerusi Biro Media & Perang Saraf Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah serta fasilitator dari UMB Negeri Melaka.

Terima kasih pada jawatankuasa kecil kursus ini kerana telah berjaya melaksanakan dengan baiknya yang diketuai oleh Saudara Abdul Hakim.

Program 'Kenali Perjuangan Sebuah Bangsa'

Hang Tuah Mall, 4 Apr 2010. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah telah menyertai dan menghadiri satu program yang dikenali sebagai "Kenali Perjuangan Sebuah Bangsa' yang bertempat di Bangunan UMNO Negeri Melaka di Jalan Hang Tuah.
Program ini adalah anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Melaka dengan kerjasama Biro Latihan UMNO Negeri Melaka. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka.

Ceramah Agama oleh Timbalan Mufti Negeri Perak

Masjid Tanah. 3 Apr 2010. Telah berlangsung satu lagi program ilmu anjuran Biro Penerangan dan Biro Agama & Dakwah Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah iaitu Ceramah Agama yang dijadual Mufti Negeri Perak tetapi tidak dapat hadir atas ketentuan yang lain. Tempatnya telah digantikan oleh Timbalan Mufti Negeri Perak.
Majlis berlangsung di Padang Taman Kuala Permai, Kuala Sungai Baru, Melaka. Terima kasih kepada semua yang hadir.

Monday, March 29, 2010

27 & 28 Mac 2010. Kejohanan Menembak Juara Rakyat Parlimen Masjid Tanah.

27 & 28 Mac 2010. Kejohanan Menembak Juara Rakyat Parlimen Masjid Tanah.

Kejohanan ini berlangsung di Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan, Sungai Udang, Melaka.


26 Mac 2010. Kunjung Hormat Kepada YB Tn Hj Amiruddin Yusop, ADUN Ayer Limau.

26 Mac 2010. Kunjung Hormat Kepada YB Tn Hj Amiruddin Yusop, ADUN Ayer Limau.

Pada 26 mac 2010 yang lalu, para AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah & semua Ketua-ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan dalam DUN Ayer Limau telah melakukan kunjung hormat dan ramah mesra kepada YB Tn Hj Amiruddin Yusop, ADUN Ayer Limau.

Antara lain hasil dari ramah mesra tersebut adalah memperkasakan dan mempereratkan perpaduan dikalangan ahli-ahli pemuda di samping menanamkan hubungan silaturrahim.


21 Mac 2010. Final Bolasepak Piala YB Datuk Wira Abu Seman Yusop, Ahli Parlimen Masjid Tanah

21 Mac 2010. Final Bolasepak Piala YB Datuk Wira Abu Seman Yusop, Ahli Parlimen Masjid Tanah. Tempat: Padang Taman Rekreasi Bukit Beringin, Masjid Tanah.

Perlawanan di antara pasukan Pasir Gembur vs Tamilan FC yang berkesudahan pasukan Pasir Gembur menang dengan kiraan 3 berbalas 2.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...