Monday, April 5, 2010

4 April 2010 - Kursus Pengenalan UMB DUN Lendu

Masjid Tanah, 4 April 2010. Telah diadakan Kursus Pengenalan UMB peringkat DUN Lendu bertempat di Pusat Jalur Lebar Komuniti, Kampung Pulau Semut, Masjid Tanah, Melaka.
Seramai 20 orang peserta telah mengikuti kursus asas tersebut yang terdiri daripada 10 orang Pemuda dan 10 orang Puteri dari DUN Lendu.

Kursus tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Idderis bin Kasim, Ahli Dewan Undangan Negeri Lendu. Antara yang hadir adalah Saudara Abd Kadir, Pengerusi UMB Negeri Melaka, Suadara Mohd Hanif, Setiausaha UMB Negeri Melaka, Saudara Abdul Samat, Pen. S/Usaha UMB Negeri Melaka, Saudara Asrizam, Pengerusi Biro Media & Perang Saraf Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah serta fasilitator dari UMB Negeri Melaka.

Terima kasih pada jawatankuasa kecil kursus ini kerana telah berjaya melaksanakan dengan baiknya yang diketuai oleh Saudara Abdul Hakim.

Program 'Kenali Perjuangan Sebuah Bangsa'

Hang Tuah Mall, 4 Apr 2010. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah telah menyertai dan menghadiri satu program yang dikenali sebagai "Kenali Perjuangan Sebuah Bangsa' yang bertempat di Bangunan UMNO Negeri Melaka di Jalan Hang Tuah.
Program ini adalah anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Melaka dengan kerjasama Biro Latihan UMNO Negeri Melaka. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka.

Ceramah Agama oleh Timbalan Mufti Negeri Perak

Masjid Tanah. 3 Apr 2010. Telah berlangsung satu lagi program ilmu anjuran Biro Penerangan dan Biro Agama & Dakwah Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah iaitu Ceramah Agama yang dijadual Mufti Negeri Perak tetapi tidak dapat hadir atas ketentuan yang lain. Tempatnya telah digantikan oleh Timbalan Mufti Negeri Perak.
Majlis berlangsung di Padang Taman Kuala Permai, Kuala Sungai Baru, Melaka. Terima kasih kepada semua yang hadir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...