Wednesday, August 25, 2010

Sumbangan Baju Raya Untuk Anak-anak Yatim & Golongan Susah

Oleh Abdul Samat


Bandar Masjid Tanah, 21 Ogos 2010 - Setiap kali kedatangan Ramadan, anak-anak
yatim dan golongan yang tidak berkemampuan pasti dibantu dan diraikan supaya
mereka turut gembira untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah yang diketuai oleh Saudara Hasnoul
Hisham Hashim tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan dan membawa anak-anak
yatim dan golongan yang tidak berkemampuan yang seramai 86 orang dalam Parlimen
Masjid Tanah membeli baju raya di sekitar Bandar Masjid Tanah.
Pembelian ini dilakukan secara berperingkat yang dimulakan sejak dari jam 9.00
pagi hingga jam 12.00 tengahari. Menurut Hasnoul, pakaian-pakaian yang dibeli
hari ini tidak akan dibawa balik oleh mereka kerana Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Masjid Tanah akan menyerahkan pakaian tersebut pads majlis berbuka
puasa bersama mereka yang dijangka diadakan di Masjid Tok Janggut, Paya Rumput,
Masjid Tanah pada 29 Ogos 2010, hari Ahad yang akan datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...