Wednesday, November 9, 2011

Happy Birthday to Karim Yaacob


Selamat Hari Lahir kpd Encik Karim Yaacob, Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka yang jatuh pada 6 Nov 2011...

Bagi pihak jawatankuasa warga Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah dengan ini mengucapkan semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan mendapat kesejahteraan. Amin

Friday, November 4, 2011

21 Ogos 2011-Sumbangan Baju Raya utk Anak2 Yatim & Susah oleh PPUM Masjid Tanah



Bandar Masjid Tanah, 21 Ogos 2011 - Program Ihya Ramadan ini adalah atas anjuran oleh Pergerakan Pemuda UMNO (M) Bahagian Masjid Tanah yang diketuai oleh Encik Hasnoul Hisham selaku Ketua Pemuda Bahagian Masjid Tanah.
Menurut Hasnoul, program yang diadakan tiap-tiap tahun ini merupakan salah satu aktiviti Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah dalam bulan Ramadan yang mana salah satu usaha untuk membantu dan meringankan beban mereka atau golongan yang susah seperti anak-anak yatim dan fakir miskin dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.
Di samping itu, Hasnoul dan bagi pihak kesemua ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah juga mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam di Melaka khasnya dan di seluruh negara amnya

Wednesday, November 2, 2011

Asal Nama Masjid Tanah



Lokasinya terletak di dalam Pekan Masjid Tanah. Masjid ini dibina pada tahun 1800an oleh seorang Sheikh yang berasal dari Gujerat. Namun Hj. Sulong bin Sibeng merupakan orang tempatan yang turut bekerja keras dalam pembinaannya.Pada awalnya pembinaan masjid ini berasaskan tanah. Oleh hal yang demikian, masjid tersebut dikenali sebagai Masjid Tanah.

Masjid ini pernah menjadi tempat sembahyang bagi orang-orang dari Kampung Tengah, Kampung Durian Daun dan beberapa kampung lain sebelum kewujudan masjid-masjid di setiap kampung di kawasan Masjid Tanah.

Pada tahun 1951 masjid ini telah diubahsuai. Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah memperbaiki tapak dan menggantikan atapnya. Masjid ini hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan sahaja setelah masjid baru Masjid Tanah siap dibina.

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Tuesday, November 1, 2011

Penutup Karnival Kerjaya Pemuda BN Tahun 2011 Tawar Lebih 30,000 Peluang Kerja



Karnival Kerjaya Pemuda BN 2011 sampai ke penghujungnya tahun ini apabila program terakhir untuk tahun 2011 akan diadakan pada 18 hingga 20 November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC.


Karnival berkenaan yang menyediakan lebih 30,000 peluang pekerjaan selain program francais dan memberi peluang kepada anak-anak muda untuk menceburkan diri di dalam sektor pertanian dan pelbagai bidang lain yang terhidang luas.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada pra pelancaran karnival berkenaan berkata karnival tersebut yang akan disertai pelbagai syarikat swasta dan GLC bakal membuka peluang yang lebih luas kepada mereka yang masih belum mempunyai pekerjaan.

“BN Youth Job Fair 2011 pada kali ini mempunyai sedikit kelainan serta penambakbaikkan berbanding program sebelumnya kerana pengisian program diperluaskan khusus bagi memberi fokus membantu golongan muda dalam pelbagai bidang dan membina masa hadapan.

“Antara agensi yang terlibat seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Selain itu Kementerian Pengajian Tinggi juga akan turut sama berkongsi maklumat dalam memberi dan membuka peluang-peluang kepada golongan muda yang ingin melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang dan mencari pekerjaan di IPTA dan IPTS menerusi pelbagai skim yang ditawarkan.

“Manakala institusi-institusi kewangan dan perbankan juga akan turut menjayakan program pada kali ini selain terdapat lebih 30 syarikat francais yang terkemuka di bawah PNS turut sama menjayakan program ini dengan menawarkan dan membuka peluang perniagaan kepada golongan muda yang berminat dengan peruntukan pinjaman sebanyak RM 50,000.

“Pada masa sama, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Airod iaitu syarikat antarabangsa terkemuka dalam bidang MRO turut sama menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada golongan muda yang berminat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pra pelancaran Karnival kerjaya Pemuda BN 2011 di PWTC, di sini, hari ini. Turut hadir, Penyelaras BN Youth Job Fair 2011, Nazir Hussein Akhtar Hussein.

Sementara itu, Penyelaras BN Youth Job Fair 2011, Nazir Hussein Akhtar Hussein berkata program berkenaan yang akan berlangsung pada 18 hingga 20 November ini merupakan rentetan terhadap penganjuran yang diadakan di beberapa buah negeri iaitu Kedah, Pahang, Melaka, Sabah dan Perak.

“Program tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan bukan hanya dari pengunjung yang mencari peluang pekerjaan atau peningkatan kerjaya malah dari agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat GLC, syarikat multinasional dan syarikat korporat yang bersama-sama menawarkan perlbagai peluang pekerjaan.

“Justeru Pemuda BN mengharapkan penganjuran program ini dapat membuka dan memberi peluang yang terbaik kepada anak Malaysia tanpa mengira kaum dan batasan politik untuk merebut peluang yang disediakan bukan hanya kepada golongan pencari kerja di sekitar Lembah Klang malah turut boleh dihadiri dari seluruh negara termasuk pelajar-pelajar tahun akhir yang menuntut di institusi pengajian tinggi,” katanya. -MediaUMNO (Oleh TG Azman TG Abas)

Mesyuarat Sulit Pakatan Pembangkang… Sahkan Pas Terpaksa Melutut Kepada DAP


Seperti dijangka Pas tidak mampu berbuat apa-apa bila berdepan dengan DAP. Ternyata apa yang dilaungkan serta apa jua amaran yang kononnya diberikan Pas tidak ubah seperti harimau dicabut gigi.

Dan mesyuarat sulit yang dikatakan menjadi platform untuk mencapai persetujuan bersama itu rupa-rupanya telah dihadiri pimpinan tertinggi antara kedua-dua parti berkenaan selain pemimpin PKR yang mungkin sekadar pemerhati bebas.

Ketika mengesahkan pertemuan pada Isnin itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan berkata keputusan mesyuarat itu berakhir dengan “DAP dan Pas bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai undang-undang Hudud dan Hudud bukanlah agenda bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Lim berkata, Pakatan Rakyat akan hanya melaksanakan dasar-dasar yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen pembangkang itu.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin ketika diminta mengenai keputusan yang sudah dijangka itu itu secara sinis mengucapkan takziah kepada Pas kerana tersungkur di kaki DAP.

“Takziahlah kepada Pas sebab apa yang diperjuangkan selama ini digagalkan dengan begitu sahaja oleh DAP dan saya nampak amat sedih perjuangan Pas tamat di situ sahaja.

“Bukankah untuk Pas hudud itu mereka kata mesti diperjuang dan dilaksanakan…jadi dalam situasi hari ini nampaknya tidak dapat dilaksanakan dan saya ucapkan takziahlah…Mereka tersungkur dengan begitu mudah sekali.

“Bagi kita, Islam adalah satu agama yang begitu sempurna serta luas dan hudud bukan segala-galanya,“ katanya.

Ketika ditanya apakah mungkin akan ada kenyataan lain selepas ini khususnya daripada kepimpinan Pas mengenai perkara itu, Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO seterusnya menambah tidak mustahil.

“Tidak mustahil benda itu…Namun sudah terserlah dalam soal hudud, Pas tewas hari ini dan bukan mereka tewas dengan UMNO tetapi dengan sekutu mereka sendiri,“ katanya.

Mstar melaporkan DAP dan Pas terus menghadapi kebuntuan berhubung kontroversi undang-undang hudud selepas mengadakan satu lagi “mesyuarat sulit” di ibu pejabat DAP di sini.

Kedua-dua parti sekutu Pakatan Pembangkang itu mengadakan pertemuan dengan PKR sebagai usaha mencari penyelesaian dalam isu rumit mengenai cadangan Pas untuk melaksanakan undang-undang Hudud di Kelantan.

Ini merupakan pertemuan kedua diadakan dalam tempoh dua minggu yang turut disertai para pemimpin tertinggi Pakatan.

Mereka termasuk ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, pengerusi kebangsaan Karpal Singh dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu serta Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali. -MediaUMNO(Oleh : Tg Azman Tg Abas)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...