Tuesday, August 28, 2012

MATTA FAIR ® / MITS Melaka 2012


MATTA Melaka Chapter dan Jawatankuasa Penganjur (Kerajaan Neg
eri Melaka & Bahagian Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri Melaka / Tourism Melaka) dengan ini memaklumkan bahawa MATTA FAIR ® / MITS Melaka 2012 akan diadakan pada 31 Ogos - 2 September, 2012 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka.

MATTA FAIR ® / MITS Melaka 2012 sekali lagi akan mempamerkan pelbagai pilihan dan Komprehensif produk pelancongan dan percutian dari seluruh dunia dalam satu tempat.

Anda semua dijemput hadir.






Mana Enakmen Hudud Kedah?


 

Sejurus selepas memenangi Negeri Kedah dalam pilihanraya 2008, Bernama (9 Mac 2008) melaporkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merancang untuk melaksanakan Hudud di Kedah.   Katanya, ia adalah di bawah kuasa kerajaan Negeri Kedah.  

Namun, tiada susulan dari mana-mana pemimpin PAS berkenaan perlaksanaan hudud di Kedah selepas laporan tersebut.   Hanya setelah hampir sepenggal, hudud di Kedah diperkatakan semula melalui laporan kenyataan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Razak, di Sinar Harian (5 July 2012) bahawa beliau menyerahkan keputusan perlaksanaan hukum hudud kepada PAS Pusat.  Ini berikutan perlantikan Jawatankuasa Pemandu oleh PAS Pusat, bagi memantau pentadbiran PAS Kedah. 

Sekiranya PAS Kedah ingin melaksanakan hudud, ia bukanlah sesuatu yang sukar kerana hanya terdapat 3 orang exco bukan Islam di dalam pentadbiran PAS kedah, dan hanya seorang dari mereka adalah dari parti DAP yang kuat menentang hudud.  

Jelas, PAS Kedah seperti juga PAS Pusat, tidak pernah merancang untuk melaksanakan hudud.  Sebaliknya, hudud hanyalah impian penyokong-penyokong PAS yang dungu dan mainan politik pemimpin-pemimpin PAS yang licik.   

Mengikut sejarah, apabila PAS memenangi Terengganu, parti tersebut pernah membentangkan hudud tetapi telah ditolak oleh kerajaan pusat kerana terdapat berbelas-belas enakmen yang bercanggah dengan ajaran Islam.  

Antaranya, dibolehkan meliwat isteri, orang bukan Islam boleh dilantik sebagai hakim dalam undang-undang hudud dan juga perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya salah seorang saksi menarik diri, maka tiga lagi saksi boleh dihukum.

Perkara ini didedahkan oleh Dato' Zulkifli Nordin di dalam Sidang Dewan Rakyat pada tahun 2011.  

Lebih menarik lagi apabila Dato' Zulkifli juga menyebut tentang desas-desus yang didengarinya iaitu kesilapan atau percanggahan dengan ajaran Islam di dalam hudud yang dibentang PAS pada ketika itu adalah disengajakan.  Ini bertujuan untuk memastikan Tun Dr. Mahathir, pada ketika itu Perdana Menteri agar menolaknya, sekali gus mencipta peluang untuk PAS menuduh beliau dan UMNO sebagai menolak hudud.  

Jika ini benar, nampaknya PAS bukan sahaja licik, tetapi busuk hati. 

Nasib baik juga PAS Kedah tidak memilih untuk bertindak licik seperti Terengganu dengan membentangkan enakmen hudud yang lemah dan bercanggah dengan Islam semata-mata untuk memburukkan kerajaan pusat.  Sebaliknya, PAS Kedah tidak berminat untuk turut bermain wayang hudud bersama dengan PAS Pusat, dan lebih berminat untuk menambah pusat-pusat hiburan di sekitar bandaraya Alor Setar. 







Balasubramaniam Punca Altantuya Terbunuh

 

Watak penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam (Balasubramaniam Perumal) pastinya masih ramai yang mengingatinya berikutan peranannya sebagai saksi dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu serta pernah mempunyai kaitan langsung dengan Abdul Razak Baginda.

Selain itu dia juga dikenali ramai kerana dua kenyataan bersumpahnya yang berubah-ubah dengan pelbagai fakta yang bercelaru tapi sedikit sebanyak masih dapat dimanfaatkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk tujuan menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Razak Baginda yang bersedap-sedap termasuklah menampung kehidupan Altantuya sejak mengenalinya pada 2004, orang lain pula yang terkena getah nangkanya.

Sesuatu yang perlu kita pegang erat dalam ingatan kita, pada 10 Oktober 2006 sehari selepas tiba di Malaysia, Altantuya telah meminta bantuan P.Balasubramaniam untuk membantunya menemui Razak Baginda.

Sebelumnya, beberapa ketika sebelum Altantuya tiba di Malaysia, Razak Baginda dilaporkan telah mengamanahkan sejumlah wang RM50,000 kepada Bala untuk diserahkan kepada Altantuya bagi tujuan untuk rawatan anaknya yang berada di Mongolia.

Persoalan sekarang di manakah wang RM50,000 tersebut yang sepatutnya diserahkan kepada Altantuya? Apakah Bala telah dengan sengaja menggelapkan wang tersebut untuk kepentingan dirinya?

Mengikut sumber-sumber, seandainya wang RM50,000 tersebut sampai pada tangan Altantuya dengan selamat, berkemungkinan kematian Altantuya yang tragis itu tidak akan berlaku.

Sekiranya Altantuya telah menerima wang tersebut tentunya dia tidak akan tergesa-gesa datang ke rumah Razak Baginda dan membuat kecoh sebaliknya terus pulang ke Mongolia.

Tapi disebabkan sikap tidak amanah yang ada pada Bala, timbullah kekecohan selepas kedatangan Altantuya ke rumah Razak Baginda. Rentetan dari situ menyebabkan berlakunya salah faham komunikasi antara Razak dengan dua anggota polis yang dipercayai membawa kepada berlakunya pembunuhan tersebut.

Jadinya, tidaklah salah untuk kita nyatakan, disebalik peristiwa tragis yang pernah dijadikan isu politik oleh Anwar dan sekutunya sebelum ini, P.Balasubramaniam telah menyebabkan Altantuya mati terbunuh




Sah! Nurul Izzah Lari Ke Titiwangsa




Sebelum ini kita pernah dikhabarkan yang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah berura-ura untuk lari dari kampung halaman untuk mencuba nasib di Parlimen Nibong Tebal bagi menyelamatkan karier politik peribadi setelah mengetahui cengkaman pengaruhnya di Permatang Pauh saban waktu semakin merosot.

Pun demikian apabila menyedari hasratnya itu sudah terdedah pada umum, mahu tidak mahu untuk mengelak malu dan polemik yang berpanjangan, terpaksa digagahkan jua kakinya untuk terus bertahan di Permatang Pauh sekalipun tahu hujung hayat politiknya dalam PRU 13 mungkin bakal ternoktah di sana.

Rupanya bukan Anwar sahaja yang mengalami sindrom ketakutan untuk menerima penolakan rakyat kerana ia turut menjangkiti anak sulungnya, Nurul Izzah yang sekarang ini adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR.

Perkembangan terbaru yang diperolehi dari sumber-sumber PKR menyebut, Nurul Izzah sudah pasti akan lari meninggalkan Parlimen Lembah Pantai setelah tidak tahan menerima asakan dari Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang kian melebarkan pengaruhnya di sana.

Nurul Izzah sedar kehadirannya di Lembah Pantai langsung tidak memberi impak positif kepada penduduk dan pengundi di sana, apatah lagi selepas beberapa kajian yang dilakukan oleh jentera PKR turut mengesahkan senario semasa tidak lagi memihak kepada PKR.

Hasil kajian-kajian itu turut menjangkakan peluang PKR di Lembah Pantai bukan sahaja terlampau malap malah kemenangan pastinya condong kepada BN dengan kelebihan sekitar 2,000 undi.

Sementelah lagi sudah sekian ramai hulubalang dan orang kanannya di kawasan parlimen itu telah beramai-ramai terjun dari kapal mencari perlindungan di bahtera BN, nampak gayanya terpaksa juga Nurul Izzah mengorak langkah mencari kawasan baru yang difikirkannya masih putih untuk menerimanya.

Mengikut maklumat tersebut lagi, kawasan parlimen baru yang bakal ditandingi oleh Nurul Izzah ialah Titiwangsa yang sebelum ini dikuasai oleh calon PAS, Allahyarham Dr. Lo'Lo yang memenangi parlimen tersebut dengan majoriti 1,972 undi.

Sebagai ganti peralihan kerusi tersebut, PKR akan menyerahkan kerusinya di Parlimen Wangsa Maju untuk ditandingi oleh calon PAS. 

Pada PRU 2008, Parlimen Wangsa Maju dimenangi calon PKR, Wee Choo Keong selepas menewaskan penyandang asal dari BN dengan majoriti 150 undi. Wee, bagaimanapun meninggalkan PKR pada Mei 2010 dan kekal sebagai wakil rakyat Bebas sehingga sekarang.

Nurul Izzah mungkin berasa lega kerana merasakan sudah ketemu kawasan yang dikiranya selamat, tapi dengan senario hari ini yang makin memihak kepada BN dan gelombang penolakan rakyat terhadap pembangkang semakin kuat melanda negara, angan-angan Nurul Izzah untuk sekali lagi menjadi 'yang berhormat' nampaknya masih terlalu jauh dari jangkauan. 





Datuk Mansor Akan Disingkir Selepas PRU 13



Tentunya tika ini saban malam Datuk Mansor Othman yang merupakan Timbalan Ketua Menteri I (TKMI) Pulau Pinang mengalami masalah kesukaran untuk melelapkan mata gara-gara kontroversi minit mesyuarat yang sedang tersebar sekarang.

Rentetan dari penyiaran transkrip perbualannya dalam pertemuan bersama beberapa orang pemimpin PKR itu, bukan sahaja telah mencetuskan keraguan dikalangan ramai penyokong PR khususnya DAP dan PAS, malah turut mengundang kemarahan ramai pemimpin pembangkang yang lain.

Dalam perbualan yang dideadahkan oleh blog gelagatanwar.wordpress.com itu, antara intipati kenyataan mansor yang disiarkan ialah memperlekehkan kewibawaan Lim yang digelarnya sebagai 'tokong, angkuh dan sombong'.

Selain itu, Mansor juga mengarahkan pemimpin PKR yang lain bersedia dengan nama calon PKR keturunan Cina bagi menghadapi kemungkinan terpaksa berdepan pertandingan tiga penjuru dengan DAP.

Kritikan dan cercaan yang dilemparkan oleh Mansor terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu dilihat sebagai satu tindakan yang membelakangkan kepercayaan sesama parti pembangkang sekaligus mendedahkan kepada umum wujudnya keretakan dalam jalinan kerjasama yang baru saja berusia setahun jagung.

Ramai pemimpin DAP seakan tidak dapat mengekang kemarahan mereka telah mendesak pucuk pimpinan tertinggi PR supaya mengambil langkah segera termasuklah menyingkirkan Pengerusi PKR Pulau Pinang itu dari jawatan TKM1 selepas PRU 13 nanti.

Menurut sumber dalaman DAP, tindak tanduk Mansor itu bukan sahaja telah menjejaskan kredibiliti dan kewibawaan Lim yang selama ini cuba dibina imejnya sebagai 'hero orang Cina' malah secara langsung telah mendedahkan PR kepada serangan bertali arus dari media BN.

Tambahan pula dengan skandal peribadi Mansor yang mempunyai hubungan intim dengan seorang Ah Soh yang sudah lama berada dalam pengetahuan ramai pemimpin DAP dan PKR, dikhuatiri bakal menyebabkan imej pakatan pembangkang kian tercalar sekaligus merencatkan peluang PR untuk menguasai kembali Pulau Pinang dalam PRU 13 kelak. 

Kata mereka lagi, Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR sewajarnya segera menyediakan nama lain untuk diumumkan sebagai ganti jawatan TKM1 dan Pengerusi PKR negeri yang sekarang ini sedang disandang oleh Mansor.

 




PAS Mahu Singkir Nasharuddin Kerana Syiah

 

Cakap-cakap yang sedang hangat kedengaran sekarang banyak menjurus kepada kemungkinan besar bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan berdepan dengan penyingkiran dari parti tersebut.

Jika ianya menjadi kenyataan seperti diramalkan oleh sesetengah penganalisis politik tempatan bermakna ia akan menjadi sejarah hitam buat PAS kerana baru sahaja kira-kira 8 bulan lalu parti itu memecat bekas Naib Presidennya, Hasan Ali.

Berbeza dengan pemecatan Hasan sebelum ini yang dilakukan tanpa sebarang peluang pembelaan diri, dalam kes Ustaz Nasharuddin terdapat cadangan untuk membenarkan beliau memberi penjelasan atas beberapa kenyataan kerasnya yang ditakrifkan oleh ramai pemimpin PAS sebagai melanggar dasar parti.

Bagaimanapun, tidak semua pemimpin PAS di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan yang bersetuju dengan tindakan PAS yang sejak kebelakangan ini dilihat terlampau keras terhadap perbezaan pandangan sesama pemimpin parti tetapi dimasa yang sama pula ternampak jelas agak lunak bila berhadapan dengan tuntutan parti lain dalam Pakatan rakyat (PR).

Waktu ini PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan dan kerenah langsung dari pemimpin parti yang berkiblatkan idealisme Anwar Ibrahim malahan turut menghadapi senario lain yang telah lama membarah dalam struktur kepimpinannya.

Mengikut satu sumber yang rapat dengan kepimpinan PAS Pusat, faktor lain yang turut memainkan peranan menambah tekanan ke arah usaha menyingkirkan Ustaz Nasharuddin juga mempunyai kaitan rapat dengan inisiatif sekumpulan pemimpin pro Syiah yang mahu menguasai secara total struktur kepimpinan PAS sekarang.

Teguran keras Ustaz Nasharuddin terhadap PAS berhubung hubungannya dengan DAP serta faktor penyiaran fotonya menemani Perdana Menteri di Mekah Al-Mukarramah tempohari hanyalah asbab bagi membolehkan kumpulan pro Syiah merealisasikan usaha 'memancung' pengaruh Ustaz Nasharuddin dalam parti.

Kumpulan pemimpin terbabit yang berimamkan Timbalan Presiden PAS sekarang iaitu Mohammad Sabu (Mat Sabu) dilihat sedang cuba mengembangkan pengaruh mereka dengan cuba 'memancung' seramai mungkin pemimpin parti yang diyakini akan merencatkan perencanaan mereka untuk menguasai tampuk kepimpinan PAS.

Dengan dokongan dan kerjasama yang dijalinkan bersama kumpulan pro Anwarinas, ia menjadikan usaha-usaha sedemikian dilihat semakin mudah untuk dilakukan sementelah lagi tika ini masing-masing kebetulannya berdepan musuh yang sama dalam parti.

Sekiranya usaha-usaha terancang yang dilakukan sekarang berjaya menyingkirkan Ustaz Nasharuddin dari PAS, tidak syak lagi dalam jangka waktu terdekat atau paling lambat selepas PRU 13 kelak, kita akan meyaksikan satu lagi perubahan drastik yang akan turut menarik turun Hadi Awang dan Haron Din dari kedudukan mereka sekarang.



Monday, August 27, 2012

Buletin Mutiara album gambar Dinasti Lim?




ALAHAI! Belum reda lagi sebenarnya kekecohan dalam kalangan media Pulau Pinang berhubung gelagat Ketua Menteri, Lim Guan Eng dengan penyiaran 51 gambarnya - walaupun muka suratnya hanya 28 helaian pada keluaran Buletin Mutiara Mei lepas.
 
Gara-gara 'kerenah' sedemikian rupa, 'pasukan' Buletin Mutiara telah bertindak dengan 'efisien' mengurangkan gambar pemimpin mereka itu, dengan hanya menyiarkan 28 gambar sahaja dalam 28 muka surat pada keluaran Julai lepas. Tetapi agak kelakar bunyinya kerana masih tidak nampak pun sebarang perbezaan ketara kerana Guan Eng masih menonjol dalam buletin itu.
 
Barangkali, selepas mendapat tekanan serta kritikan hebat daripada media di negeri itu, Guan Eng seperti biasa mengambil jalan selamat dengan menyalahkan pasukan buletin tersebut sebagai 'tersilap secara teknikal'. Akibatnya, Pengarah Komunikasi Kerajaan Negeri, Yap Lee Ying segera memohon maaf melalui satu kenyataan media baru-baru ini dengan menyatakan, penyiaran 51 gambar Guan Eng merupakan kesilapan teknikal dan tidak akan berulang.

Kesilapan teknikal kali ini turut 'diperbetulkan' dengan kehadiran isteri Ketua Menteri, Betty Chew yang kelihatan 'agak anggun' pada keluaran buletin tiga bahasa tersebut. Jika sebelum ini. Betty hanya gemar mengenakan seluar 'slack' dan pakaian pendek yang kelihatan seperti wanita bekerjaya, kini dia tampil mengenakan busana, gaun beserta aksesori. 

Beberapa gambar Betty turut dimuatkan dalam Buletin Mutiara walaupun sebelum ini hanya gambar-gambar suaminya sahaja mendominasi buletin itu. Akhbar-akhbar berbahasa Cina mendakwa penampilan Betty kini kelihatan lebih bergaya.

Betty dikatakan kini lebih gemar menghabiskan masa menemani suaminya ke majlis-majlis penting serta berprofil tinggi di Pulau Pinang. Bagaimanapun dia masih ADUN Kota Laksamana di Melaka. Walhal, kalau nak diikutkan, rakyat Melakalah yang lebih memerlukannya berbanding Pulau Pinang. Tetapi ada pula masa dihabiskan di Pulau Pinang termasuk menghadiri pertunjukkan fesyen baru-baru ini. Media turut melaporkan Betty mengambil bahagian dengan memperagakan beberapa pakaian di Tanjong Tokong beberapa minggu lepas.

Buletin Mutiara didakwa dikeluarkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dengan peruntukan RM300,000 setiap dua bulan. Cuma, rakyat atau umum hendak tahu juga adakan duit peruntukan tersebut dikeluarkan daripada dana DAP. Ataupun menggunakan Wang Rakyat negeri itu hasil dari cukai yang dikutip? Sungguh tidak adil andainya wang tersebut milik rakyat kerana jelas sekali Buletin Mutiara memainkan peranan penting dalam menyebarkan propaganda DAP dan keluarga dinasti Lim kerana hanya mereka yang lebih menonjol.

Satu ketika, Buletin Mutiara ini akan diedarkan sendiri oleh DAP pada program-program kerajaan negeri. Pada masa sama ia diletakkan di sekitar masjid,pusat beli belah dan kawasan-kawasan tarikan pelancongan. Namun, kini mereka lebih 'hebat' apabila melantik syarikat tertentu untuk mengedarkan buletin tersebut rumah ke rumah.
 
Mengapa sampai begitu sekali? Mengapa menyajikan propaganda DAP kepada rakyat Pulau Pinang dengan begitu agresif? Adakah kerana buletin itu tidak mendapat sambutan dalam kalangan rakyatnya? Mungkin juga kerana rakyat sudah mula sedar tembelangnya.

Baru-baru ini terdapat kecaman daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang kerana menggunakan buletin itu sebagai platform untuk menghentam kerajaan.

Ketua Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang berkata, buletin tersebut hanya digunakan sebagai media untuk memberitahu rakyat di negeri itu terhada aktiviti selain dasar dan polisi kerajaan negeri.

"Andainya pakatan pembangkang mahu berbicara tentang politik atau membuat kecaman kepada mana-mana ahli politik kerajaan Persekutuan, mereka harus menggunakan medium yang sesuai. Gunalah duit sendiri untuk keluarkan akhbar propaganda . Tetapi bukannya menggunakan wang rakyat" tegasnya.

Oleh ZULKIFLI JALIL dan KASTHURI JEEVANDRAN
pengarang@utusan.com.my

Friday, August 24, 2012

PAS Hanya Parti Politik




Acapkali kita lihat dan dengar buah butir pengakuan atau perbualan
dari ahli dan penyokong PAS yang mendabik dada menjulang parti itu
sebagai parti Islam, berjiwa Islam dan pejuang Islam yang tujuan serta
asas juangnya adalah demi agama Islam.

Sesetengahnya yang terlebih taksub pula beriktikad dan percaya
sepenuhnya yang parti PAS itu adalah Islam dan Islam itu pula adalah
PAS, dua perkara yang sebenarnya berbeza tetapi dianggap sama saja.

Beza antara parti politik dengan agama langsung tak tefikir oleh akal
mereka kerana terpesong fahaman bila mana menyalahtafsir kenyataan
yang menyebut "politik itu sebahagian dari agama".

Tanpa fikir panjang dek kerana akal hanya sejengkal maka yang
difahaminya ialah PAS itulah sebahagian dari agama ataupun sudah
dianggap PAS itu setaraf dengan agama Islam.

Bagi kita yang waras dan celik akal fikiran, kita melihat sikap taksub
penyokong PAS terhadap parti yang mereka dukung itu sebagai satu
kecelaruan fikiran gara-gara waktu tahun-tahun sebelumnya mereka
terlampau jahil murakkab.

Bila tiba seru mahu mencari semula arah hidup tersalah langkah terus
terjerumus pula dengan ajaran songsang yang meletakkan PAS sebagai
sebahagian dari Islam ataupun sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Yang sebenar-benarnya, PAS hanyalah sebuah parti politik sama sahaja
seperti organisasi lain yang membezakan PAS kelihatan Islamik secara
luaran atau kulitnya ialah serban, jubah, kopiah dan penggunaan label
Islam dalam partinya, itu sahaja.

Malah kewujudan PAS itu sendiri hasil restu penjajah British yang
melihatnya sebagai peluang yang boleh dimanipulasi untuk merencatkan
kebangkitan UMNO dikala saat itu sokongan majoriti umat Islam solid
bersatu bersama UMNO dalam mendukung perjuangan menuntut kemerdekaan
dari British.

Dalam keadaan British tidak mampu menolak kewujudan UMNO untuk
bergerak secara sah disebabkan tekanan gelombang yang kuat dari
segenap akar umbi orang Melayu Islam, bila sahaja datangnya serpihan
dalaman yang mahu melawan UMNO lantas kesempatan itu dimanfaatkan oleh
British maka luluslah penubuhan PAS pada 16 September 1951 dengan
nombor pendaftaran 733.

Susur galur wujudnya PAS pula bermula dari fungsinya sebagai badan
atau sayap di dalam UMNO yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Fuad
Hassan, apabila wujud kekosongan yang memerlukan pertandingan bagi
memilih Yang Dipertua baru UMNO, Ahmad Fuad turut beradu nasib dan
tewas di tangan Tunku Abdul Rahman.

Dendam kerana tewas dan malu air mukanya membawa kepada kata sepakat
keluar dari UMNO seterusnya sejak diluluskan oleh British sebagai
pencabar UMNO, bermulalah adegan dan dusta berselindung label dan
kalimah agama untuk memenangi hati umat Islam yang selama ini berpaut
kasih dengan UMNO.

Perjuangan UMNO bersama rakan Perikatan diperlekahkan, dasar menuntut
kemerdekaan dipandang sebelah mata oleh pimpinan PAS tika itu
hinggakan tergamak mereka menghina cita-cita murni itu dengan ungkapan
kata-kata "jarum sebatang pun tak mampu dibuat, mana mungkin layak
untuk merdeka?".

Penghinaan tersebut datangnya dari mulut pemimpin PAS yang rendah akal
budinya dan cetek pemikirannya dek kerana yakin British begitu hebat
di mata mereka dan jika pun perlu untuk Tanah Melayu merdeka tika itu
satu-satunya cara bagi mereka ialah dengan bergabung bersama Indonesia
membentuk Indonesia Raya.

Tapi mujurlah apabila pilihanraya umum pertama 1955 dilangsungkan, PAS
hanya mampu menang di satu kerusi sahaja daripada keseluruhan 52
kerusi yang dipertandingkan, jika tidak sama ada sekarang kita masih
dijajah oleh British ataupun mungkin sudah menjadi salah satu wilayah
Indonesia.

Di awal-awal kewujudan PAS, pemimpinnya melihat Perikatan yang tika
itu merupakan gabungan UMNO-MCA-MIC adalah satu kerjasama yang
merugikan orang Melayu, lantaran itu beberapa tahun selepas negara
merdeka PAS cukup aktif menggembar gemburkan dokrin dikalangan para
ulama dan tok guru bahawasanya "jika redha dengan orang kafir yang ada
dalam perikatan, maka jadi kufur dan kafirlah seseorang itu".

Tidak sedikit ulama dan tok guru pondok yang tertipu dengan mainan
ayat suci Al-Quran dan hadis yang ditakwilkan bagi menghalalkan
tuduhan PAS itu sehingga umat berpecah belah, kaum kerabat keluarga
terdekat putus ikatan dan kariah masjid bercakaran serta kenduri
kendara dipulau.

Namun berpuluh tahun kemudiannya hakikat kebenaran membuktikan
gabungan perikatan yang kini dikenali Barisan Nasional (BN) akhirnya
menjadi rujukan PAS untuk bersama Pakatan pembangkang yang dikenali
sebagai Pakatan Rakyat (PR) selepas mereka menyedari tanpa kerjasama
sedemikian jauh panggang dari api untuk PAS menikmati kuasa tampuk
pemerintahan.

Tapi malangnya, tatkala dalam gabungan BN, UMNO kekal sejak dulu
sebagai peneraju mengetuai barisan dalam mencorak masa depan negara
secara muafakat, PAS pula di dalam PR hingga kini kekal sebagai balaci
dan juak murahan yang hanya mampu mengekor dari belakang sambil angguk
dan geleng mengikut arahan abang besarnya, DAP si kafir harbi.

Sudahlah jauh tertinggal di belakang dalam soal peri penting
bermuafakat bersama kaum dan agama lain, bila di beri peluang
memperbetulkan langkah yang songsang terjerumus pula sebagai keldai
dan kuda tunggangan sepanjang zaman hinggakan dasar dan prinsip
memperjuangkan negara Islam dan Hudud sebagai undang-undang pun gagal
dipertahankan.

Sekarang, setelah ramai menyedari betapa baghal, bebal dan keldainya
PAS sejak dulu kala hingga kini, saban hari para ulama, agamawan dan
tok guru-tok guru pondok mula berubah arah berpaling dari mendengar
dusta PAS sebaliknya semakin mendekat diri bersama jamaah UMNO yang
bukan sahaja disokong oleh majoriti umat malah terbukti berjaya
menyatu padukan rakyat.

Tidaklah menjadi kejutan sekiranya beberapa detik sebelum PRU 13
secara rasmi membuka tirainya, PAS akan tiba-tiba tampil bermuka-muka
menonjolkan kembali dirinya lebih Melayu dan Islamik dari UMNO selepas
bertahun-tahun sejak bersama PR, PAS lebih selesa kelihatan liberal
dan terbuka atas bawah sampaikan tergadai maruah.

Bezanya antara PAS dengan UMNO, walau kedua-duanya dikuasai oleh orang
Islam, PAS terlampau kemaruk mengejar kuasa hingga agama dan maruah
bangsa digadai dan gagal dipertahankan tatkala bersemuka dengan
kekuatan si kafir harbi DAP dalam pakatan pembangkang.

UMNO pula walau tidak mempergunakan label dan istilah Islam dalam
perjuangannya, tetap utuh memanfaatkan kuasa mendaulatkan Islam secara
bijaksana dan tidak pula menindas atau terikut dengan arahan si kafir
zimmi yang menjadi rakan kerjasama dalam BN.

Saat tikanya UMNO sesekali tergelintir dari landasan, tidak pula
pimpinan UMNO lokek untuk muhasabah diri dan memperbetulkan kembali
arah tuju perjuangan.

Jauh berbeza dengan PAS, sudahlah bebalan sepanjang zaman, tetap juga
bodoh dan bangang enggan mengaku salah silap sendiri seolah-olah tujuh
petala langit dan bumi mahu diarah mengikut perwatakannya yang sering
khilaf dan terpesong dari arah tuju perjuangan.

Apa sahaja tingkah laku PAS sejak ia diperanakkan dari perut UMNO
hinggalah derhaka menentang perjuangan UMNO diikuti hingga kini terus
taksub dengan pegangan anti UMNO tapi mesra pada kafir harbi dan
semakin meliberalkan Islam, segalanya itu menunjukkan PAS hanyalah
sebuah parti politik sahaja yang serba tidak sempurna tapi bebal untuk
mengakui kelemahan dek kerana perasan dengan label "Islam" yang ada
pada nama partinya. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...