Tuesday, April 16, 2013

Senarai Penuh Nama Calon BN Parlimen Masjid Tanah #PRU13 #BN4MasjidTanah #BN4Melaka #tolakpr

Berikut senarai penuh calon Barisan Nasional Melaka bagi Pilihanraya Umum ke-13 yang diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional Negeri Melaka, Datuk Seri Hj Mohd Ali Mohd Rustam di Seri Bendahara jam 10.15 pagi tadi.

P134 - Masjid Tanah: Mas Ermieyati Samsudin
N1 - Kuala Linggi: Datuk Ar Ismail Othman
N2 - Tanjung Bidara: Datuk Ab Karim Sulaiman
N3 - Air Limau: Amiruddin Yusop
N4 - Lendu: Sulaiman Md Ali
N5 - Taboh Naning: Dato' Latipah Omar

P135 - Alor Gajah: Datuk Koh Nai Kwang
N6 - Rembia: Datuk Norpipah Abdol
N7 - Gadek: Datuk MS Mahadevan
N8 - Machap: Datuk Lai Meng Chong
N9 - Durian Tunggal: Datuk Abd Wahab Latiff
N10 -Asahan: Datuk Wira Abd Ghaffar Atan

P136 - Tangga Batu : Prof Madya Datuk Dr Abu Bakar Md Diah
N11-Sungai Udang: Datuk Wira Ir Idris Haron
N12-Pantai Kundor: Datuk Ab Rahaman Ab Karim
N13-Paya Rumput: Sazali Md Din
N14-Klebang: Lim Ban Hong 

P137 - Bukit Katil: Datuk Seri Mohd Ali Rustam
N15 - Bachang: Chua Lian Chai
N16 - Ayer Keroh: Yong Fun Yuan
N17 - Bukit Baru: Karim Yacob
N18 - Ayer Molek: Datuk Md Yunos Husin

P138 - Kota Melaka: Dr Yee Kok Wah
N19- Kesidang: Lim Eng Teck
N20 - Kota Laksamana: Datuk Chiew Tiang Chai
N21 - Duyong: Datuk Gan Tian Loo
N22 - Bandar Hilir: Ronald Gan
N23 - Telok Emas: Datuk Latiff Thamby Chik

P139 – Jasin: Datuk Ahmad Hamzah
N24 - Bemban: Ng Choon Koon
N25 - Rim: Datuk Ghazale Mohamad
N26 - Serkam: Zaidi b Attan
N27 - Merlimau: Roslan Datuk Hj Ahmad
N28 - Sungai Rambai: Datuk Hassan Rahman

Sunday, April 14, 2013

Terbaru (mesti baca). Taikun Singapore bantu pengundi DAP di Johor... #TolakPR #PRU13 #BN4Malaysia

Dapat maklumat dari kenalan-kenalan yang dikatakan sahih iaitu menyatakan:-

1) Hari ini, mendapat satu maklumat yang mengejutkan daripada kenalan yang bekerja di Singapura dan juga merupakan antara orang kuat Parti PAP.


2) Beliau telah mendedahkan (secara sengaja atau tidak) bahawa Kerajaan Singapura telah memberikan cuti khas 2 hari pada hari 3hb Mei, Jumaat dan 6hb Mei, Isnin. Selain itu, Kerajaan Singapura juga akan memberikan elaun minyak khas.


3) Keistimewaan ini hanya diberikan kepada w/neg Malaysia berbangsa Cina akan pulang untuk mengundi DAP khasnya di Johor.


4) Lebih mengejutkan apabila pekerja-pekerja Parti PAP diarahkan untuk turut serta membantu jentera DAP sepanjang tempoh berkempen. Sekiranya terdapat perhimpunan besar-besaran DAP, sedarlah bahawa ada antara mereka bukan warganegara Malaysia dan pekerja parti PAP.


5) Beliau juga ada menyampaikan bahawa salah seorang 'taikun' besar di Singapura akan menyumbangkan 7 buah bas kepada mereka yang tiada kenderaan untuk pulang.


6) Nampaknya hubungan antara PAP-DAP ini semakin erat dengan kehadiran Lim Kit Siang di Gelang Patah sebagai calon.


7) Bersungguh-sungguh PAP dari Singapura ini untuk membantu DAP membuktikan bahawa selama ini mereka sebenarnya tidak pernah berpecah. DAP menjadi sebagai cawangan PAP di Malaysia.


Bersedialah atas segala kemungkinan yang berlaku. Kita tak pasti lagi apa rancangan Singapura. Bersedialah...


sumber: suaralensa.blogspot

Saturday, April 13, 2013

Musa Hitam Ramal BN Menang PRU-13 #TolakPR #BN4Melaka #PRU13 #GE13 #BN4Malaysia

Sebelum ini Pakatan Rakyat cuba menggunakan pengaruh Tun Mahathir untuk meraih sokongan dengan cara menyebarkan persepsi kononnya Negarawan tersebut tidak menyokong Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri.   Namun, percubaan tersebut tidak berjaya kerana umum dapat melihat dengan jelas bagaimana kuatnya Tun Mahathir menyokong Perdana Menteri sehingga sanggup membantu dan bekerja keras memastikan kemenangan Barisan Nasional menjelang Pilihanraya ini. 

Kegagalan tersebut tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menggunakan pengaruh musuh bagi meraih sokongan bila saja berpeluang.  Oleh itu, apabila Tun Musa Hitam menyatakan bahawa tidak mungkin mana-mana parti yang menjadi kerajaan akan dengan sengajanya membangkrapkan negara, maka pembangkang menyambut dan menyebarkannya sebagai kenyataan menyokong Pakatan Rakyat.  Kenyataan Tun Musa tersebut dibuat dalam satu program berkenaan ekonomi baru-baru ini. 

Jelas bahawa PR sendiri menyedari pemimpin mereka sendiri tidak mampu meyakini rakyat bahawa mereka tidak akan membankrapkan negara, sehingga memaksa mereka mendapatkan 'persetujuan' dari Tun Musa Hitam.

Tun Musa Hitam yang jelas tidak selesa dengan tindakan pembangkang itu kemudian tampil meminta mereka menghentikan menggunakan namanya untuk meraih sokongan.  Kita tahu, walaupun Tun Musa ada menyimpan dendam di sana sini terhadap beberapa individu di dalam UMNO tetapi, beliau tidak cukup bodoh untuk membela PR, apatah lagi dalam keadaan sokongan terhadap parti itu semakin nipis.  Kerana itu, dalam penafiannya bahawa beliau menyokong pembangkang, Tun Musa turut menyatakan yang beliau yakin Barisan Nasional akan menang dalam PRU-13 ini. 

Jawapannya, kerana pemimpin pembangkang terlalu kuat menipu sehinggakan rakyat tidak lagi mempercayai mereka.  Mana tidaknya, jika hampir keseluruhan kempen mereka adalah berdasarkan isu yang direka-reka, kalaupun tidak ditokok tambah.  Selain kuat menipu, pembangkang juga sudah terbukti gagal membentangkan penjelasan yang memuaskan tentang bagaimana mereka akan memastikan negara tidak bankrap berdasarkan janji-janji manis yang mereka taburkan.

Malah, isu ladang rakyat dan isu tanah Kelantan yang diberi kepada DAP, isu hutan yang gondol, KUIN dan projek-projek besar yang tiris, rugi dan 'aneh' di Kedah, pemberian kontrak yang tidak telus di Pulau Pinang, isu pasir dan juga percambahan pusat maksiat di Selangor, semuanya menunjukkan yang rasuah berleluasa dan tidak terkawal di dalam kerajaan PR yang baru sahaja setahun jagung berkuasa. 

Pembangkang seolah-olah melihat Petronas sebagai 'kilang wang', di mana wang boleh dikeluarkan tanpa had.  Sedangkan Petronas adalah nadi ekonomi negara di mana negara bergantung hampir 60% dari cukai yang dibayar oleh syarikat itu bagi merealisasikan pemberian subsidi dan menjana kewangan yang kemudiannya dikembalikan kepada rakyat melalui perkhidmatan awam dan prasarana. 

Maka tidak hairanlah rakyat tidak yakin yang 'pembangkang tidak akan membangkrapkan negara' walaupun Tun Musa mungkin bercakap berlapik dengan menambah ayat 'dengan sengaja'.   Namun, rakyat yakin yang Tun Musa juga turut sangsi yang pembangkang tidak akan membangkrapkan negara secara 'tidak sengaja'.    

Jika tidak, tentulah Tun Musa tidak akan menyatakan dengan begitu yakin bahawa beliau meramalkan kemenangan BN dalam PRU ini.   Pastinya, beliau sendiri tidak yakin dengan parti yang suka menggunakan pengaruh orang lain serta memanipulasi kenyataan orang lain semata-mata kerana terlalu terdesak untuk meraih undi. 

Manifesto Akujanji Barisan Nasional

Manifesto Akujanji Barisan Nasional (BN) ternyata menerima sambutan hangat pelbagai lapisan masyarakat dan juga pelbagai bangsa.

Rakyat Malaysia mula menyedari hanya dengan pemerintahan BN mereka akan berupaya menikmati taraf hidup dan kebahagian yang lebih selesa, bukan sahaja masyarakat biasa, tetapi juga bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan. Kemampanan ekonomi negara juga menjadikan banyak penganalisis ekonomi meramalkan manifesto akan memacu ekonomi Malaysia ke arah yang lebih baik sekaligus mendorong kepada status Malaysia negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Buktinya, pelbagai pihak, termasuk media cetak, elektronik, termasuk laman-laman sosial membicarakan manifesto BN, terutamnay berkenaan Bantuan Rakyat 1 malaysia (BR1M), dan sejuta rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun BN memerintah.

Berbanding 150,000 unit rumah dalam janji manifesto Pakatan Rakyat, ternyata BN jauh mengatasi mereka dari aspek perancangan dan pelaksanaan manifesto. Berbeza dengan manifesto bukan janji PR, mereka hanya menumpu kepada persoalan menurunkan segala macam benda tanpa memikirkan impak ekonomi makro terhadap negara. BN sebaliknya selain membantu kos sara hidup rakyat dengan bantuan-bantuan one-off, mereka juga memikirkan kaedah terbaik untuk terus membantu rakyat tanpa merisikokan ekonomi negara.

BR1M ternyata memberikan impak ekonomi yang memberangsangkan apabila meningkatkan permintaan sekaligus mewujudkan proses jual beli yang rancak dalam ekonomi sehingga memungkinkan kitaran ekonomi domestik negara bergerak. Ini memberikan kesan besar, terutamanya peluang pekerjaan dan 'supply and demand' dalam konsep ekonomi. Manifesto yang dilancarkan BN baru-baru ini juga dijangkakan akan memacu ekonomi negara ke arah yang lebih baik sekaligus menjadikan kuasa beli rakyat meningkat dan bakal mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik. Jelas terpampang di media massa bahawa pakar ekonomi meyakini manifesto BN melebihi manifesto pembangkang.


Jelas kelihatan betapa BN memikirkan setiap aspek kehidupan sehingga membolehkan manifesto itu dirangka dengan sebegitu baik tanpa meminggirkan mana-mana pihak.Daripada aspek kos kehidupan, perumahan, pendidikan, warga emas, pengangkutan dan sebagainya, termasuk kehijauan alam, BN tidak langsung mengabaikan mana-mana aspek.

Sebaliknya mengambil pendekatan rakyat didahulukan bagi membolehkan pencapaian negara melonjak ke paras yang lebih baik.

PRU13 Kubur Besar Pakatan Pembangkang

SPR telah pun menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon, manakala 5 Mei 2013 ditetapkan sebagai hari pengundian. Tarikh 30 April 2013 untuk proses pengundian awal (pengundi pos) yang terdiri daripada anggota tentera, polis, kakitangan SPR dan pengundi luar negara.

Dengan penetapan tarikh ini bermakna ia akan menyemarakkan lagi bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan kempen perang bendera akan memasuki fasa yang lebih meriah sementara menantikan hari penamaan calon dan pengundian. Namun demikian belum pun tiba tarikh-tarikh itu, suasana politik semasa sudah agak hangat apabila sana sini ramai pemimpin politik khususnya dari PR sibuk bercakaran sesama sendiri kerana merebutkan kawasan yang ingin ditandingi.

DAP yang merupakan abang besar dalam PR semakin berani menerjah kawasan yang sepatutnya ditandingi oleh PKR, PAS yang terasa dipijak-pijak selama ini mula menonjolkan belangnya menuntut diri dihormati. PKR yang terasa besar dari yang lain makin terasa cabaran rakan-rakan sepakatan. Kebanyakan kawasan yang direbut dianggap selamat dan bakal membawa pemimpin PR menuju puncak, tapi hakikat kawasan yang sama boleh berubah menjadi kubur besar untuk mereka tak pula terdetik di hati sesiapa.


Tak berapa lama dulu, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim pernah mengisytiharkan lebih 90% nama-nama calon PR sudah selesai. Tapi hakikat yang berlaku gayanya seperti 10% sahaja yang benar-benar sudah muktamad dan baki 90% lagi masih berkecamuk berebut sesama sendiri. Seandainya benar sudah wujud persetujuan yang kononnya sudah dicapai dan dimuktamadkan, maknanya kini ia sengaja dilanggar gara-gara kehendak nafsu masing-masing yang semakin menggila. Macam ini punya gaya jangan diharap PR mampu mentadbir negara dengan sebaiknya. Dari utara sampai ke selatan, dari timur ke barat, masing-masing parti dalam PR sibuk bertelagah sesama sendiri, kerana apa?. Tak lain tak bukan kerana setiap parti dalam PR merasakan inilah masanya untuk menuju puncak dengan menaruh harapan bahang tsunami PRU 12 2008 dulu akan berterusan.

Para penyokong yang dulunya mengharap pada PR kini tambah meluat melihat keangkuhan dan sikap tamak yang menguasai pimpinannya. Baru diuji sedikit kuasa sudah pandai lupa diri. DAP, PKR dan PAS sudah lupa hakikat letak duduknya mereka saat ini bukannya atas kekuatan sendiri. Mereka lupa setiap yang naik mendadak jatuhnya akan merudum cepat menyembah bumi. Jika diamati corak dan trendnya, PRU13 bukan lagi satu gelanggang yang menjanjikan keuntungan untuk PR. Ia jauh berbeza dengan suasana PRU 12 yang lalu. Kecenderungan pengundi Melayu Islam dan India kini ternyata lebih solid bersama BN. Pengundi Cina yang dianggap deposit PR kini sedang dalam persimpangan dilema, tanpa sokongan majoriti Melayu Islam dan India kepada PR ia ibarat pertaruhan yang berisiko tinggi - untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Justeru itu tak mustahil, PRU13 akan menyaksikan ramai pemimpin PR yang mendadak naik dulu bakal jatuh terhumban. Sekiranya ini menjadi realiti, maka PRU13 bakal mencatat rekod sebagai kubur besar untuk pimpinan pembangkang.

PEMBANGKANG TERIMA HAKIKAT KALAH DENGAN AKU JANJI BN

Pembangkang amat meradang apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Aku Janji Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13. Aku Janji BN bukan sekadar merangkumi ciri-ciri sebuah manifesto sebuah parti politik yang menggariskan rancangan serta programnya sekiranya terus diberi mandat oleh rakyat untuk berkuasa.

Ia juga adalah dokumen pengakuan dan sumpah di hadapan rakyat bahawa BN akan melaksanakan setiap kata-kata dan kalimat yang tersemat di dalamnya. Ia bukan retorik kosong seperti Manisfesto Rakyat oleh pembangkang kerana sebahagian besar apa yang dilaungkan oleh Perdana Menteri dan dan sedang dilaksanakan. Aku Janji BN adalah pengukuhan kepada program-program pro-rakyat yang sediada yang akan dimantapkan lagi bersama-sama program baru yang lain.

Berlainan pula dengan manifesto pembangkang yang hanya cantik pada rupa tetapi isinya kosong dan tidak mempunyai nilai.

Ini kerana pembangkang tidak mempunyai pengalaman memerintah negara hampir enam dekad seperti mana BN. Mustahil pembangkang dapat menyelami keperluan serta kehendak rakyat dalam menghayati erti pembangunan negara sebenar bila mana ia tidak pernah mengalami naik turun, pahit getir, ancaman bahaya dan bermacam-macam suasana yang sentiasa berubah ketika mentadbir sebuah negara yang unik seperti Malaysia. Pembangkang hanya mengkhayalkan apa yang difikirkan baik untuk kesejahteraan rakyat tetapi BN sudahpun membela nasib rakyat selama 60 tahun. Pahit maung mengangkat sebuah negara yang telah dijajah silih berganti oleh satu bangsa penjajah selama 446 tahun oleh  Portugis, Belanda, British dan Jepun hanya dinikmati oleh Perikatan/BN.

Pembangkang hanya menumpang segala kejayaan yang telah dicipta oleh BN lalu mendakwa seolah-olah merekalah yang menjuarai semuanya.

Daripada sebuah negara agrarian atau pertanian yang miskin dan amat dhaif sekali selepas menuntut kemerdekaan, kerajaan Perikatan di bawah Al Marhum Tunku Abdul Rahman serta kumpulan pejuang kemerdekaan yang bersama-sama dengannya, berhempas pulas membina asas kemajuan negara seperti yang dinikmati oleh generasi hari ini. Obor perjuangan itu kemudian disambung pula oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussien, ayahanda kepadA Perdana Menteri sekarang. Beliau berjaya membawa negara sesatu tingkat kemajuan lagi menerusi penggubalan Dasar Ekonomi Baru.

Dalam era Tun Hussein Onn pula negara diperkuatkan lagi dengan penggubalan dasar-dasar yang membantu meningkatkan lagi sosioekonomi orang Melayu. Pelancaran Amanah Saham Nasional adalah salah satu jasa paling besar beliau. Kemudian negara mengalami arus pembangunan dan perindustrian yang begitu rancak dan aktif di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kereta nasional Proton dilancarkan, pelaburan asing meningkat begitu mendadak dan di akhir pentadbirannya beliau sempat menikmati usaha gigihnya dengan terbinanya Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya. Perdana Menteri keenam Tun Abdullah Ahmad Badawi pula memperkenalkan koridor pembangunan di seluruh negara dengan tumpuan kepada pembangunan wilayah Iskandar di Johor. Kini Malaysia berada di dalam jagaan baik Datuk Seri Najib yang telah menyerlahkan lagi kemampuan negara untuk menjana kejayaan demi kejayaan melalui dua program transformasinya iaitu dalam aspek pentadbiran dan ekonomi.

Program transformasi gergasi yang digagaskan oleh Perdana Menteri inilah yang menjadi intipati dan asas kepada Aku Janji BN pada PRU13. Ia bukanlah sesuautu yang dirancang hanya untuk memenangi pilihan raya semata-mata tetapi merupakan kesinambungan kepada apa yang telah dicapai sejak empat tahun menerajui negara.

Aku Janji BN adalah komprehensif dan inklusif, ia juga menyentuh setiap aspek kehidupan rakyat dari buruh kasar, suri rumahtangga, peniaga, pentadbir, pelajar hinggalah kepada pelabur asing.

Semuanya dicanai dengan begitu rapi dan teliti untuk memastikan segala impian yang dilakar menjadi realiti bagi kesejahteraan rakyat jua. Daripada program rakyat didahulukan seperti BR1M, KR1M, Klinik 1Malaysia, BB1M, TR1M, PR1MA semuanya telah dilaksanakan dengan jayanya.  Hakikatnya pembangkang hanya pandai menabur janji tetapi BN menepati segala janji yang dibuat, pembangkang hanya menjual air liur untuk memegang kuasa tetapi BN melakari kejayaan dengan bukti nyata.

Pakatan Semakin Gelabah Sebab Berebut Kerusi

Berbulan-bulan pembangkang menyalak di ceramah-ceramah mereka, Perdana Menteri seorang yang penakut kerana tidak berani membubarkan parlimen.

Dituduhnya Najib sedang merancang untuk mencetuskan huru-hara yang akan menyebabkan wujudnya darurat sebelum pilihan raya dilaksanakan.

Difitnahnya, pencerobohan tentera sultan kiram merupakan satu sandiwara umno sedangkan pengawal keselamatan kita bermatian-matian berjuang mempertahankan negara.

Tetapi segala fitnah itu terjawab apabila Najib mengumumkan pembubaran parlimen lebih awal pada 4 April 2013 sedangkan beliau mempunyai tempoh sehingga 28 April 2013sebelum parlimen terbubar dengan sendirinya.

Maka bertepuk tanganlah para jentera pembangkang kerana mereka sudah menunggu saat parlimen dibubarkan. Persediaan mereka selama berbulan-bulan kini akan digerakkan sepenuhnya.

Hah!!! Najib dah bubar parlimen!!! Bertempiaran pemimpin-pemimpin pembangkang ke sana sini cuba menyelesaikan masalah pembahagian kerusi Pakatan.

Rupa-rupanya pembangkang masih belum memuktamadkan isu pokok pembahagian kerusi di antara mereka. Selama ini mereka gelar Najib penakut bubar parlimen hanya sekadar 'Reverse Psycology' supaya Najib melewatkan pembubaran parlimen. Haramjadah.

Menjelang PRU13, Pakatan Rakyat dilihat semakin berkecamuk sesama sendiri kerana berebut kerusi. Hampir semua negeri pembangkang hadapi masalah pertindihan kerusi. Ini yang mereka kata bersedia untuk pilihan raya? Hahahaa...

Kita ambil contoh dari negeri paling utara, Perlis. Setelah berhempas pulas memujuk mufti Perlis untuk menjadi calon, harapan PKR musnah untuk melihat Dr. Juanda bertanding atas tiket parti itu apabila Pas enggan memberi kerusi parlimen Kangar.

Kita pergi ke negeri yang paling selatan pula, Johor. Perebutan kerusi yang bermula di Gelang Patah kini sudah merebak sehingga ke Segamat.

Negeri Selangor yang selama ini cuba menggertak kerajaan pusat untuk membubar DUN lebih awal, sehingga kini masih belum mengumumkan nama calon. Khalid Gagap selaku MB juga masih tidak tahu nasib sama ada bertanding atau tidak.

Isu pemilihan calon saja dah timbulkan banyak masalah kepada Pakatan. Camna nak tadbir negara Pakatan oiiii?

Inilah jadinya bila 3 parti tak sehaluan berlakon "bersatu" padahal bertekak sesama sendiri.

Kalau isu calon pun tak selesai & bergaduh, camna nak ke Putrajaya?

Wednesday, April 10, 2013

Terkini!!! 5 Mei 2013, Hari Undi

PUTRAJAYA 10 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai tarikh penamaan calon manakala hari mengundi pada 5 Mei bagi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dalam sidang akhbar di sini hari ini turut mengumumkan 30 April sebagai tarikh mengundi awal. - UTUSAN
 


Tuesday, April 9, 2013

DEKLARASI GELANG PATAH HELAH DAP TIPU KAUM INDIA #PRU13 #BN4Malaysia #BN4Melaka #BN4MasjidTanah #BetterNation

Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang sudah tersilap langkah umum awal-awal mahu bertanding di kerusi parlimen Gelang Patah.

Tindakan Kit Siang itu sebenarnya menempah maut kerana Johor adalah tempat kelahiran UMNO dan kubu kuat parti itu. Tidak mungkin dan tidak sesekali rakyat Johor yang rata-ratanya menyokong Barisan Nasional akan membenarkan Kit Siang bertapak di situ walaupun beliau mengaku itu negeri kelahirnya.

Memang ada benarnya apabila mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata karier pemimpin veteran Dap berusia 72 tahun itu akan berkubur di Johor sambil berkata pengundi Gelang Patah hendaklah memastikan ia menjadi realiti. Begitu juga dengan tindakan pemimpin muda Dap lain seperti ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong yang mahu berhijrah ke Johor yang pastinya tidak akan mendapat laluan begitu mudah. Untuk meraih undi masyarakat Cina terutamanya, Kit Siang segera mengeluarkan Deklarasi Gelang Patah.

Kegemaran pembangkang yang suka membuat deklarasi itu dan ini menjelang pilihan raya sudah tentunya menimbulkan sangsi dan ketidakyakinan di kalangan rakyat. Ini kerana berdasarkan pengalaman manifesti Pakatan Rakyat Selangor pada pilihan raa umum 2008 dahulu, hampir 90 peratus gagal ditunaikan. Rakyat akan tertanye-tanye jika manisfesto peringkat negeri Selangor tidak mampu untuk dilaksanakan bagaimana pula hasrat berkobar-kobar pembangkang untuk menunaikan janji-janjinya dalam Manifesto Rakyat peringkat nasional? Malah Deklarasi Gelang Patah yang diumumkan oleh Dap adalah tindakan unilateral iaitu tidak mendapat restu dari pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Apakah niat Dap berbuat demikian kerana merasakan manifesto yang dilancarkan oleh pemimpin de facto Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim pada 25 Februari lalu. Mungkin terlalu banyak lompongan Dap merasakan ia perlu satu lagi lampiran kepada manisfesto induk yang serba kekurangan.

Jika deklarasi ini bukan menjadi sebahagian daripada manifesto Pakatan Rakyat ini bermakna kaum India akan sekali lagi ditipu oleh pembangkang kerana semua janji-janji yang ditaburkan dalam dokumen itu tidak akan dilaksanakan. Intipati kepada Deklarasi Gelang Patah ialah janji Dap untuk menyelesaikan yang dihadapi oleh kaum India di negara ini. Deklarasi ini dengan jelasnya adalah rasis dan berdasarkan bersifat perkauman walhal Pakatan Rakyat sebelum ini mengkritik hebat UMNO dan BN kerana melaksanakan Dasar Ekonomi Baru bagi meningkatkan sosioekonomi masyarakat Melayu.  Nampaknya Dap hanya pentingkan kaum India tanpa memikirkan jumlah masyarakat Melayu dan Cina miskin dan daif yang masih memerlukan pembelaan serta bantuan. Memberi fokus hanya kepada kaum India sahaja menunjukkan Dap dan Pakatan Rakyat bercakap tidak serupa bikin kerana lupa merekalah paling lantang sekali membangkang sebarang polisi yang berbentuk atau menjurus kepada satu kaum sahaja. Tetapi disebabkan kemaruk untuk mendapat undi Dap sanggup menjilat kembali ludah mereka sendiri.

Sekiranya Dap mampu mengeluarkan deklarasi khas untuk kaum India sahaja adalah ia juga akan berbuat perkara yang sama bagi kaum Melayu, kaum Cina atau kaum Orang Asli yang memerlukan pembelaan? Jika Dap dan Pakatan Rakyat hanya mahu membela kaum India sahaja maka ini adalah satu tindakan diskriminasi ekstrim terhadap kaum-kaum lain yang juga mempunyai hak sama rata untuk mendapatkan kemudahan dan bantuan dari pihak kerajaan. Jadi jikalau kini Pakatan Rakyat sudah mengubah program sosioekonominya daripada yang berdasarkan kepada keperluan (needs-based) kepada keperluan kaum (race-based) apa bezanya dengan DEB yang kemudiannya ditransformasi kepada Dasar Pembangunan Negara. Ini bermakna Dap dan Pakatan Rakyat kini sudah bersetuju bahawa apa yang dilakukan oleh BN untuk membasmi gejala kemiskinan tanpa mengira kaum adalah sesuatu yang tepat dan berada pada landasan yang betul. Jika diteliti deklarasi tersebut akan didapati kebanyakan yang dijanjikan Dap sudah pun terlaksana atau sedang dilaksanakan samada di peringkat negeri mahupun nasional.

Antaranya janji menyelesaikan masalah kaum India yang tidak bernegara dalam tempoh 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat. Kementerian Dalam Negeri sudah pun lama mengambil tindakan ke atas isu itu dan baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan dokumen pengenalan diri kepada 120 penerima membabitkan taraf kerakyatan tertunggak. Begitu juga dengan isu sekolah Tamil yang sejak merdeka mendapat pembelaan dari pihak kerajaan. Malah Perdana Menteri telah meluluskan RM20 juta lagi untuk membina dan memperbaik 13 sekolah bantuan penuh jenis kebangsaan Tamil di seluruh negara.

Peruntukan baru yang di luar dana RM100 juta itu yang sebelum ini diberikan di bawah Belanjawan 2013, adalah untuk memenuhi keperluan mendesak pembangunan infrastruktur sekolah- sekolah Tamil terbabit. Menurut statistik, sejak 2009, kerajaan BN telah memperuntuk sejumlah RM540 juta bagi sekolah-sekolah Tamil jauh lebih besar daripada bajet RM4 juta yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Jadi janji Dap untuk memperkasa sekolah Tamil tidak relevan langsung dan hanya gimik politik untuk mendapat undi.

Koleksi Kata-kata Mengarut Nik Aziz #GE14 #BN4Malaysia


 


Hilang Sokongan Di Sabah, Anwar Tumpu Perak dan Johor #PRU13 @BN4Malaysia

Usaha Anwar untuk ke Putrajaya dengan memenangi lebih 18 kerusi di Sabah musnah apabila satu pertemuan perpaduan yang dikenali sebagai TATABA oleh beberapa para pemimpin besar Kadazan-Dusun-Murut telah diadakan baru-baru ini.

Tataba boleh ditafsir sebagai sesuatu yang penting yang harus dan akan diwarisi turun-temurun oleh kaum keluarga sebagai tanda pelindung, wasiat penting ataupun perkara yang akan memberi semangat atau kuasa sakti kepada pemegangnya. Oleh sebab itu, pertemuan yang turut dihadiri "Huguon Siou" (pemimpin agung) Kadazan, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, Tan Sri Benard Dompok, dan Tan Sri Joseph Kurup telah meresahkan Anwar yang bercita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri.

Menurut sumber dalaman, mereka telah bersepakat untuk menyokong Barisan Nasional dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang. Usaha yang dibuat oleh pimpinan parti Kadazan-Dusun-Murut (KDM) mengadakan pertemuan PERPADUAN (TATABA) baru-baru ini telah membuatkan PKR di Sabah hampir lumpuh kini kerana ketiga-tiga pemimpin ini sangat berpengaruh dan sering kali menjadi panduan kaum kadazan-dusun dan murut dalam membuat keputusan memilih parti. Anwar dapat merasakan harapan PR menakluk Sabah semakin kabur apabila 3 parti (PBS, PBRS dan UPKO) bergerak di atas Gelombang TATABA. Walaupun Anwar yang kononnya sudah mendapat gelaran Huguan Siou yang dianugerahkan oleh ahli parti PKR sendiri, beliau masih gagal untuk menawan Sabah. Tapi seperti biasa Anwar dengan muka tak malu dengan bangga dipentas-pentas ceramah beliau mengatakan PR akan rampas Sabah.

Dalam keghairahan pembangkang mahu menawan Putrajaya, mereka telah tersilap langkah apabila pemimpin mereka tanpa rasa belas kasihan menghina pasukan keselamatan yang berkawal di Lahad Datu. Insiden Lahad Datu ini telah menyebabkan sokongan penduduk Sabah makin berkurangan. 1 Malaysia sudah tahu Anwar Ibrahim adalah petualang Lahad Datu. Anwar ingat apabila dia berpakat dengan Misuari dan Kiram untuk "attack" Sabah, orang akan marah kerajaan. Tapi malangnya apa yang telah dirancang tidak seperti yang dharapkan, malah strategi untuk menghancurkan Sabah terbongkar. Anwar selalu menyatakan "ini kali tukarlah" apabila berada di Sabah. Beliau begitu yakin untuk menawan Sabah. Jawapan kita untuk Anwar - #Lainkalilah.  Sekarang sudah terbongkar konspirasi ini.  "mahu sokong ini Anwar lagi, bah?"

#Lainkalilah. Tak hairanlah Anwar sekarang tumpukan pada Johor dan Perak pulak! Tapi apa guna Anwar lari ke Perak jika gagal mengukuhkan semula imej kepimpinan PKR di Perak yang selama ini lemah, bercelaru dan tidak menonjol. Menyedari beliau tidak akan mampu untuk menangkis gejala lompat parti yang serius di negeri tersebut sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PR pada awal 2009, beliau telah menarik handbreak malam tadi dengan mengumumkan akan terus kekal bertanding di Permatang Pauh. Anwar sedar, selain daripada isu tersebut, terdapat pelbagai perkara lagi yang akan meletakkan dirinya berada dalam keadaan berisiko untuk mempertaruhkan nasib untuk mengaut undi Melayu di Perak.  Kontroversi peribadi, prestasi negeri-negeri PR dan dominasi Cina dalam kerjasama Pakatan Haram akan terus menjadi igauan Anwar yang akan mengikuti sepanjang pilihan raya akan datang.

Monday, April 8, 2013

Anwar Tunduk Pada Desakan Azmin

Sejak dari tahun 2012 lagi PKR telah menghebahkan kepada umum bahawa Presidennya, Wan Azizah yang juga merupakan isteri kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bakal bertanding di kerusi DUN dalam negeri Selangor.

Mendengar berita tersebut ramai penyokong PKR yang bergembira menyambutnya lebih-lebih lagi dari kalangan ahli PKR yang anti kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Masuk tahun 2013 sehingga hampir kepada saat Dewan Rakyat mahu dibubarkan, ura-ura tersebut semakin kuat diperkatakan, tapi belum pun sempat ia menjadi kenyataan, tiba-tiba Azmin mencucuk Anwar untuk campur tangan.

Bukan satu rahsia pun di Selangor, semenjak pasca PRU 12 2008, Azmin telah memasang cita-cita untuk menjadi Menteri Besar dan telah beberapa kali melakukan sabotaj untuk memaksa Khalid Ibrahim turun dari kerusi empuk itu.

Dengan membawa masuk Wan Azizah yang juga merupakan seteru Azmin, ia mengurangkan tekanan kepada Khalid sekaligus mengurangkan pengaruh Azmin di kalangan pemimpin dan ahli PKR Selangor.

Tapi Azmin bukannya kecil anak, hubungan dengan Anwar cukup rapat jauh lebih akrab berbanding hubungan Anwar dengan Wan Azizah ia dimanfaatkan sepenuhnya untuk menghalang Wan Azizah dari bertanding di mana-mana DUN di Selangor.

Suka atau tidak, Anwar terpaksa tunduk dengan tuntutan Azmin, ini hakikat yang tidak mampu Anwar elakkan. Jika ura-ura Wan Azizah bertanding DUN menjadi kenyataan ia akan menjadi batu penghalang yang besar kepada cita-cita Azmin.

Justeru itu tidaklah pelik apabila selepas Parlimen dibubarkan tiba-tiba sahaja Anwar mengumumkan isterinya tidak akan bertanding dalam PRU13. Itu petanda jelas betapa kuatnya pengaruh Azmin ke atas Anwar.

Anwar Bubar Kem Wan Azizah

'Khidmat Wan Azizah sudah tidak diperlukan lagi', merupakan ayat tersirat Anwar Ibrahim ketika mengumumkan bahawa isterinya, yang juga Presiden PKR, tidak akan bertanding dalam PRU ke-13.  Pelik sekali kerana Wan Azizah sebagai Presiden parti tidak mengumumkannya sendiri tetapi membiarkan suaminya mengumumkan bagi pihaknya bagaikan seorang surirumah sejati.  

Namun, tidak mustahil juga pengumuman tersebut dilakukan Anwar tanpa restu Wan Azizah sebagai Presiden, tetapi hanya merestuinya dalam keterpaksaan sebagai isteri.  

Selama ini, Wan Azizah hanya diperlukan untuk meraih simpati rakyat ketika di dalam penjara dan ketika ditimpa skandal seks.  Tugas Wan Azizah ialah untuk menunjukkan pada dunia yang Anwar adalah suami yang baik.  Dengan Anwar sudah keluar penjara dan perkembangan terkini yang menunjukkan bahawa skandal seks bukan faktor utama untuk menghadapi pilihanraya, maka khidmat Wan Azizah wajar ditamatkan sahaja.  

Difahamkan bahawa alasan yang diberi Anwar kepada Azizah adalah untuk mengelak dari dikritik kerana mengamalkan nepotisme.  Cukuplah Nurul Izzah seorang, kata Anwar, Wan Azizah bolehlah menumpukan perhatian kepada cucunya pula.  

Sebenarnya, di kalangan PKR, pengumuman ini sudah dijangka.  Ini kerana, akhir-akhir ini Anwar sering menyifatkan Wan Azizah sebagai gangguan kerana kehadirannya menyebabkan ketegangan di kalangan pemimpin atasan.  

Sifat cemburu Wan Azizah menyukarkan Anwar 'bergerak' bebas dalam perjumpaan-perjumpaan parti.  Nampaknya, apa yang didedahkan oleh Mohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin terbukti benar belaka iaitu Wan Azizah terlalu cemburu jika Anwar rapat dengan mana-mana lelaki.  

Desakan Fareez agar Wan Azizah 'diketepikan' demi parti nampaknya berjaya apabila Anwar memilih untuk menyebelahi anak muda itu, berbanding isterinya sendiri.  

Perpecahan di dalam kepimpinan atasan PKR bukanlah rahsia.  Seluruh rakyat yang mengikut perkembangan politik cukup maklum bahawa Wan Azizah dan Azmin Ali tidak boleh bertentang mata lantaran hubungan intim Azmin dan isterinya, Shamsidar dengan Anwar.   Justeru, usaha untuk mencantas dan mengenepikan sesama sendiri tidak pernah berhenti.  

Kem Wan Azizah menyaksikan sokongan kuat dari anaknya, Nurul Izzah dan juga Khalid Ibrahim.  Seperti juga Wan Azizah, Khalid juga melihat Azmin sebagai musuh yang merbahaya kerana terlalu tergila-gilakan kuasa.  

Azmin meletakkan dirinya jauh lebih tinggi dari Wan Azizah walaupun wanita itu adalah Presiden parti.  Dan Fareez disyaki sebagai antara senjata yang digunakan Azmin untuk menyingkirkan terus Wan Azizah.  Tidak mustahil, usaha untuk menyingkirkan Nurul Izzah juga sedang berjalan, namun pastinya ia tidak begitu mudah kerana Anwar menyayangi dan meyakini anaknya itu.  Sedangkan, Anwar tidak menyayangi isterinya dan langsung tidak menghormati jauh sekali meyakini, kepimpinan isterinya.  

Sikap Anwar menyebabkan semua yang berada di dalam parti turut tidak menghormati Wan Azizah sebagai Presiden.    

Oleh itu, berdirinya Wan Azizah di dalam PKR hanyalah atas dasar simpati.  Selain itu, mereka-mereka yang memilih untuk berada di dalam kemnya adalah mereka-mereka yang memusuhi Azmin.  Dengan tersingkirnya Wan Azizah, maka kem ini pun pastinya akan terbubar dengan sendirinya, melainkan Nurul Izzah mampu melonjakkan dirinya di mata Anwar sehingga mengatasi Azmin Ali.  

Mungkin Anwar bertindak bijak dengan menyingkirkan Wan Azizah kerana keputusan itu pasti membantu mengekang perpecahan di peringkat atasan.  Namun, sukar untuk kita fahami bagaimana Anwar sanggup memilih untuk memberi sokongan kepada kem Azmin, daripada kem isterinya.   

Walaupun kita tidak faham, tetapi kita tidak terkejut kerana kita cukup maklum bahawa Wan Azizah berada di bawah sekali dalam senarai keutamaan orang-orang yang disayangi Anwar.  Semua orang tahu bahawa yang paling Anwar sayang adalah diri sendiri, diikuti dengan Azmin dan gundik-gundiknya, seterusnya anak-anaknya dan akhir sekali barulah isterinya.  

Oleh itu, bukan kita ingin menghasut untuk memecahbelahkan rumahtangga Anwar tetapi kita juga kadangkala kasihan melihat Wan Azizah terus menghambakan dan membodohkan diri demi seorang peliwat dan pengkhianat.  Untuk apa sebenarnya?  

Thursday, April 4, 2013

Tahun Ke-4 PM Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia #BNBagus #GE13 #PRU13 #BN4Malaysia #Najib4PM #Transformasi #BetterNation

Putaran waktu dirasakan begitu cepat berlalu, tanpa disedari telah genap 4 tahun Dato Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri mengurus tadbir kerajaan, malah tiada siapa yang dapat menyangkal mahupun menafikan prestasi cemerlang yang telah ditunjukkan selama ini.

Ini kerana semenjak Perdana Menteri mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada 2008, keadaan ekonomi negara terus berkembang baik berlatar belakangkan ekonomi global yang tidak menentu. Keberansangan dan perkembangan ekonomi dalam tempoh ini memperlihatkan kejayaan implementasi Program Transformasi Ekonomi (ETP) sekaligus membuktikan bahawa negara berada di landasan yang baik untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Sebagai contoh, Keluaran Dalam negeri Kasar (KDNK) dan Pendapatan Negara Kasar (PNK) telah menunjukkan peningkatan yang ketara malah dijangka akan mencecah jumlah 1 trilion untuk kali pertamanya menjelang 2013. Tahun 2009, KDNK yang berada pada paras 629.9 billion telah meningkat sebanyak 749.1 billion pada tahun 2012 manakala PNK yang berada pada paras 605.3 billion telah meningkat kepada 698.0 billion pada tahun 2012.

Pelaburan Langsung Asing (FDI) oleh syarikat atau pelabur luar negeri juga menunjukkan peningkatan sejak 2009 iaitu penerimaan yang ketiga terbesar dikalangan negara-negara Asean. Pelaburan yang masuk itu tidak hanya dinilai mengikut jumlah tetapi turut di nilai dari segi pelaburan yang berkualiti tinggi dan mempunyai nilai tambah.

Selain dari itu, kerajaan juga telah berjaya mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 800,000 pada tahun 2012 berbanding 2011, sebanyak 313 741 sekaligus mencapai sasaran 66%. Tidak ketinggalan Indeks Bursa Malaysia turut menunjukkan angka peningkatan sebanyak 29% sejak tahun 2010.

Malah laporan 'Menjalankan Pernigaan' yang dikeluarkan oleh Bank Dunia pada 2013 turut mengatakan Malaysia yang berada pada tangga ke-12 adalah merupakan negara paling berdaya saing yang melonjak sebanyak 6 anak tangga berbanding 2011. Ia merupakan lonjakkan paling tinggi pernah direkodkan.

Seterusnya keputusan kerajaan untuk membuat penyenaraian FGV telah meletakkannya sebagai kedua terbesar di dunia dengan meraih dana sejumlah 10 billion melalui tawaran awam permulaan. Ia seterusnya diikuti dengan penyenaraian IHH yang merupakan ketiga terbesar di dunia apabila meraih 6.67 billion daripada tawaran awam permulaan. Akhir sekali penyenaraian Astro yang merupakan ketiga terbesar di Malaysia telah meraih dana sejumlah 4.8 billion.

Kesimpulannya biarpun diberikan masa yang agak singkat,  ternyata usaha gigih dan kerja keras,  Perdana Menteri telah berjaya mentransformasikan negara dalam pelbagai sudut termasuk undang-undang, ekonomi dan sosial. Malah semua usaha tersebut jelas menampakkan perubahan dan kesan yang ketara terhadap rakyat dan negara.

Berbanding dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang hanya mampu berceramah untuk menipu rakyat, tetapi GAGAL mwngurus tadbir negeri-negeri yang dikuasai. Walaupun kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR, melantik Anwar sebagai Penasihat Ekonomi namun pendekatan itu langsung tidak berjaya menarik minat kerajaan Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan untuk melakukan perkara yang sama.

Ini kerana mereka juga yakin dan percaya, Anwar hanya mampu beretorik, namun langsung tidak mempunyai bakat untuk mengurus tadbir ekonomi dengan baik. Sesuai dengan kenyatan mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang juga merupakan pakar ekonomi sebelum ini yang mengatakan Anwar telah gagal mengurus tadbir ekonomi negara apabila diuji semasa Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997.

Malah kecenderungan pemimpin 'Anugerah Tuhan' itu dalam membuat kucar-kacir serta banyak disabitkan dalam aktiviti tidak bermoral, merupakan salah satu faktor penting untuk rakyat menolak pakatan pembangkang dalam pilihanraya umum ke-13.
 



Wednesday, April 3, 2013

Mengejek Calon Pilihan Anwar: Bukti Penyokong PKR Tidak Hormat Anwar Lagi

Ramai yang terkejut apabila calon pilihan Anwar untuk kerusi Parlimen Indera Mahkota telah diboo oleh penyokong PKR sendiri.  Calon tersebut ialah Dato' Fauzi Abd. Rahman yang juga Pengerusi PKR Pahang.  Penyandang kerusi tersebut ialah Azan Ismail tetapi telah ditukarkan ke Terengganu, iaitu keputusan yang jelas tidak dipersetujui oleh akar umbi PKR. 

Akar umbi tidak bersetuju dengan calon pilihan pemimpin tertinggi sebenarnya bukanlah pelik, malah ia hampir tidak boleh dielakkan dari berlaku di sesetengah kawasan bagi semua parti setiap kali pilihanraya. 

Namun, yang menjadikannya satu isu besar ialah tindakan penyokong PKR yang langsung tidak menghormati 'pemimpin Anugerah Tuhan' iaitu, Anwar Ibrahim. 

Penyokong PKR telah bertindak mengejek Dato' Fauzi sehingga memaksa pengumuman diulang tiga kali oleh Anwar.  Khabarnya, ada juga yang bertindak meninggalkan majlis. 

Kita masih boleh memahami jika mereka mengambil sikap memusuhi Dato' Fauzi, tetapi kita hairan ke manakah hilangnya rasa hormat penyokong PKR terhadap bakal Perdana Menteri mereka ini?  Kita juga difahamkan bahawa akar umbi kawasan tersebut lebih menyukai penyandang, iaitu Azan Ismail tetapi takkan 'menyayangi Azan sehingga sanggup memalukan Anwar'? 

Hilangnya perasaan hormat terhadap Anwar kemungkinan besar berpunca dari sikap kukubesi beliau yang ditunjukkan setiap kali pemilihan parti iaitu, enggan mendengar suara akar umbi dan membuat keputusan mengikut 'nafsu' sendiri. 

Jika Anwar tidak menghormati akar umbi, bagaimana akar umbi boleh menghormati Anwar? 

Dari satu sudut pula, kita tidak hairan jika Anwar tidak menghormati akar umbi kerana akar umbi PKR telah terbukti sebagai mempunyai sikap buta tuli iaitu, menyokong Anwar tanpa mengira apa pun salahlakunya yang telah terdedah dan terbukti.  Bagi Anwar, suara orang yang akan menyokongnya walau apapun yang berlaku atau dilakukannya, tidak perlu diberi perhatian.

Malah, Anwar bukan sahaja tidak menghormati mereka, tetapi langsung tidak prihatin pun mengenai nasib mereka.  Anwar tidak kisah memperjudikan masa depan, malah nyawa penyokong-penyokongnya dengan sering menyeru mereka agar melakukan rusuhan. 

Sejak 1998 lagi, Anwar tidak kisah membahayakan penyokong-penyokongnya.  Malah, Anwar secara terang-terangan mengimpikan 'Arab Spring' yang mana menyaksikan pertumpahan darah apabila penentang kerajaan memberontak dan menggulingkan kerajaan sedia ada. 

Apapun, kejadian di Kuantan ini memperlihatkan bagaimana Anwar sudah hilang 'auranya'.  Anwar kini sudah menjadi 'manusia biasa' dan bukan lagi 'pemimpin hebat' di mata penyokong-penyokongnya.   Tidak mustahil, kebanyakan penyokongnya hanya menyokong PKR kerana telah jauh terhasut agar membenci Barisan Nasional dan bukan lagi kerana menyanjungi atau mempercayai Anwar Ibrahim. 

Sekiranya ketandusan isu, Anwar mungkin boleh mencipta isu.  Tetapi jika kehilangan 'aura', di manakah Anwar boleh mencarinya? 

Justeru, kalaupun Anwar menang dalam PRU kali ini, percayalah beliau akan menjadi Perdana Menteri paling hina dan paling tidak dihormati dalam sejarah politik dunia kerana rakyat, termasuk penyokong sendiri sudah terlalu amat maklum siapakah dirinya yang sebenar di sebalik watak-watak yang dipertontonkan kepada dunia! 

Terkini: Laporan Penuh Ucapan PM-Bubar Parlimen #PRU13

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuatkuasa Rabu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan.

Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung melalui televisyen, Najib berkata beliau telah menghadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12 Selasa.

Beliau turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan.

Sarawak mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April 2011 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 55 daripada 71 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Berikutan pengumuman pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian.

Mandat kerajaan semasa akan berakhir pada 28 April 2013.

Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen.

Berdasarkan daftar pengundi terkini, jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara ialah 13.3 juta orang yang berdaftar sehingga Disember 2012.

Sejumlah 222 kerusi parlimen akan dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini termasuk termasuk 31 kerusi di Sarawak, manakala 505 kerusi DUN, akan dipertandingkan di peringkat negeri.

Ketika Parlimen dibubarkan, komposisi di Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai 137 kerusi, manakala selebihnya disandang DAP (29), PAS (23) ,Parti Keadilan Rakyat (PKR) (23) kerusi, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi. Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas.

Pada pilihan raya umum 2008, BN gagal menguasai majoriti dua pertiga Dewan Rakyat setelah hanya menang 140 kerusi berbanding pakatan pembangkang 82 kerusi.

Selain gagal menguasai Kelantan, BN juga gagal mempertahankan pemerintahan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Perak bagaimanapun kembali kepada BN kira-kira setahun kemudian setelah tiga wakil rakyat yang dipilih mengisytiharkan sokongan mereka kepada BN.

Pilihan raya umum kali ini ialah yang pertama buat Najib yang akan memimpin jentera BN selepas mengambil-alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.

Bagi SPR pula, ia akan melaksanakan lapan elemen baharu dalam pilihan raya umum kali ini sebagai langkah penambahbaikan perjalanan pilihan raya selaras dengan cadangan yang terkandung dalam laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya yang dibentangkan di Parlimen pada 3 April lepas.

Lapan elemen itu termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal untuk menggantikan undi pos bagi anggota polis dan tentera, membenarkan undi pos bagi masyarakat Malaysia di luar negara dan warga media serta dan menetapkan tempoh kempen tidak kurang 10 hari.

Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang.

Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala pilihan raya kecil DUN ialah di Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.

Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang terbanyak dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 menyaksikan 17 pilihan raya kecil diadakan. -Bernama
 


Anwar Tiada Kuasa Tentukan Calon Kedah

Baru sahaja kita menyaksikan bagaimana Anwar telah tidak dihormati di Kuantan di mana calon pilihannya yang diumumkannya sendiri telah diejek ahli PKR, kini kita melihat pula bagaimana Anwar hilang kawalan dan tidak mampu membuat keputusan yang mampu memuaskan hati semua pihak di dalam Pakatan Rakyat. 

Ini dapat disaksikan dari perbalahan yang berlaku di beberapa tempat berkenaan kerusi pilihanraya.  Antara insiden terbaru ialah di Kedah apabila DAP mengugut untuk bertanding secara 'solo' yang mungkin membawa kepada pertandingan tiga penjuru akibat kepimpinan negeri telah membelakangkan terus parti itu. 

Lebih menyakitkan hati DAP Kedah ialah apabila Anwar sendiri, tanpa berunding dengan sesiapa telah dengan tidak semena-mena mengumumkan dalam satu ceramah di Kedah bahawa calon dari PKR, iaitu Gooi Hsiao Leung untuk bertanding di kerusi parlimen Alor Setar.  PKR juga telah menamakan N.Surendran untuk bertanding di Padang Serai.

Ketidakpuasan hati DAP Kedah disuarakan oleh Ketuanya, Lee Guan Aik yang turut menegaskan yang beliau akan mempertahankan kerusi Kota Darulaman.  Lee nyata kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan tertinggi parti. 

Tindakan kepimpinan PR yang membelakangkan DAP dan mengambil keputusan tanpa berbincang, menyerlahkan sikap Anwar yang kuku besi serta tidak berkeupayaan mengurus atau mentadbir parti.  Malah, Anwar juga angkuh kerana enggan memberi sebarang komen mengenai isu ini tetapi hanya membuat muka selamba seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. 

Anwar, sepatutnya menjadi tonggak perpaduan kepada PR.  Perlantikan beliau sebagai Ketua dan bakal Perdana Menteri kononnya adalah kerana hanya beliau yang mampu menyatupadukan PAS dengan DAP.  Namun, sebagai Ketua, Pemimpin Tertinggi dan bakal PM, pelik sekali apabila beliau tiada hak untuk memberi kata putus kepada PAS, DAP mahupun PR secara keseluruhan.  

Kita lihat bagaimana Anwar langsung tidak mengambil peduli akan perbalahan dalam DAP sebelum ini, termasuk isu pemilihan CEC yang nyata menimbulkan kontroversi.  Begitu juga dengan isu-isu yang melibatkan ekonomi negeri seperti pembalakan tidak terkawal di Kedah, terowong mega di Pulau Pinang dan berbagai-bagai lagi. 

Anwar juga tidak berupaya untuk menyelesaikan perbalahan antara Kedah dan Pulau Pinang berkenaan isu jual beli bekalan air mentah.  Malah, tidak mampu memberi sebaran komen pun walaupun isu tersebut berlarutan tanpa kata putus.

Apa yang jelas, daripada sebesar-besar isu yang melibatkan ekonomi negeri-negeri jajahan PR, kepada isu-isu yang melibatkan imej dan integriti parti mahupun isu kerusi dalam pilihanraya, sehinggalah sekecil-kecil isu seperti isu setempat dan skandal dalaman yang melanda parti, semuanya bagai berada di luar kuasa Anwar Ibrahim. 

Oleh kerana pilihanraya akan berlangsung beberapa hari sahaja dari sekarang, kedudukan Anwar yang tampak lemah dan kabur ini membuatkan rakyat semakin cuak untuk memberi mandat kepada PR.  Sekali gus bayang-bayang bakal Perdana Menteri PR yang sedia kabur bagaikan terpadam terus.

Ketiga-tiga parti di dalam PR nampaknya berjuang secara syok sendiri dan Anwar juga menjadi bakal PM yang syok sendiri.  Masing-masing dibuai angan-angan berasingan serta berada di dalam dunia mereka sendiri tanpa berpijak di bumi nyata. 

Hari ini, DAP Kedah telah benar-benar tersinggung dan jika benar parti itu bertanding secara solo, maka tidak mustahil langkah tersebut akan menjadi trend bagi negeri-negeri lain yang turut memperlihatkan bagaimana ada saja perbalahan dan ketidakpuasan hati antara PAS, DAP dan PKR. 

Hakikatnya, masalah ini berlaku kerana PR tidak mempunyai pemimpin tertinggi yang benar-benar berkuasa memberi kata putus dan kata putusnya dihormati. 

Bayangkan, bagaimana kita mengharapkan parti ini memerintah negara tanpa pemimpin yang pasti? 

Tuesday, April 2, 2013

Angkatan Muda Keadilan Pening Video Mirip Anwar

Disebalik kesungguhan segelintir penyokong PKR terus menerus mempersendakan kesahihan video "Anwar Ibrahim Sodomy Mahasiswa" namun diam tak diam rupanya ramai anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) amat berkeyakinan individu dalam video itu sememangnya Anwar Ibrahim.

Mereka sudah melihat sendiri video tersebut yang memperlihatkan betapa gersangnya Anwar tika itu ditambah lagi dengan aksi menerkam ke arah pasangannya, menyebabkan masing-masing bercambah keraguan terhadap moral pemimpin tertinggi parti.
Keyakinan mereka kian bertambah apabila baru-baru ini Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli secara tak sengaja telah mengakui Anwar adalah seorang yang peramah dan mudah didekati ketika merujuk kepada video yang disiarkan oleh blogger PapaGomo itu. Dalam beberapa video dan gambar lain sebelumnya terutama sekali video intim Anwar dan Cinadoll, mereka masih lagi sedaya upaya menyalahkan individu dalam video terbabit dilakonkan oleh individu lain yang mirip atau menyerupai wajah Anwar. Kini masing-masing terpaku kelu dan mula menerima hakikat betapa rendahnya moral dan akhlak pemimpin yang dipuja-puji selama ini. Mereka tahu wajah yang mirip Anwar itu memang sah milik Anwar.  Senario ini agak membimbangkan dan memeningkan kepala para pemimpin AMK dan PKR, lebih-lebih lagi jika keadaan ini berterusan dikhuatiri akan menimbulkan kesangsian yang agak serius di kalangan anggota parti terhadap pucuk pimpinan PKR.

Tambahan pula rata-rata di mana sahaja Anwar menyertai aktiviti ceramah atau bertemu muka dengan rakyat sejak akhir-akhir ini, dari hari ke hari kedatangan penyokong PKR dan juga juga semakin berkurangan. Itu petanda jelas semakin ramai yang menjauhi PKR dan PR. Jika ia berlanjutan demikian, bermakna lambat laun ahli parti sendiri akan mula bangkit mempersoalkan akhlak dan morak Anwar seterusnya ia akan meletakkan PKR dalam keadaan bahaya menjelang PRU 13. Apatah lagi tika ini kepercayaan PAS terhadap Anwar juga kelihatan kurang meyakinkan apabila sebahagian pemimpin dan penyokongnya sudah berani menolak Anwar sebagai Perdana Menteri disebabkan faktor akhlak dan moral yang melingkari sisi gelap kehidupan peribadi Anwar.

Selain itu, penggerak-penggerak PAS yang menguasai masjid dan surau juga seboleh mungkin cuba mengelakkan penyertaan Anwar dan pemimpin PKR yang lain dalam sebarang majlis munajat dan solat hajat kerana masing-masing bimbang ia akan memberi impak buruk terhadap imej PAS. Bila ahli parti sendiri semakin meragui akhlak dan moral pemimpinnya ditambah lagi dengan kesangsian rakan sepakatan, kelihatan agak sukar untuk Anwar dan PKR meraih semula kepercayaan sebahagian ahli dan penyokong mereka. Mungkin tertekan dengan keadaan inilah mendorong jentera propaganda PR mula sibuk merekayasa cerita untuk mengaitkan penyebaran video itu dengan UMNO dengan harapan dapat meraih simpati umum.

Tak cukup dengan propaganda sebegitu, PKR cuba pula membuat video palsu bagi mencipta persepsi umum kononnya semua video dan gambar-gambar Anwar sebelumnya adalah rekaan semata-mata. Mungkin kaedah ini mampu menipu penyokong totok PR, tapi orang ramai tidak semudah itu untuk menerimanya bulat-bulat.
 





PEMIMPIN PEMBANGKANG TAKUT KALAH RELA TINGGALKAN PENGUNDI

Puak pembangkang semakin menampakkan sifat hipokrit mereka apabila masing-masing bertempiaran mencari kawasan selamat untuk bertanding.

Bertanding di kawasan di mana mereka menganggap sebagai kubu kuat pembangkang mungkin mampu menyelamatkan karier dan masa depan politik yang kebanyakannya berada di hujung tanduk. Daripada pemimpin PKR seperti Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim, bekas Menteri Besar Perak daripada Pas, Nizar Jamaluddin hinggalah kepada Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang, semuanya mengorbankan kerusi yang disandang sekarang untuk lari meninggalkan pengundi mereka pada Pilihan Raya Umum pada tahun 2008 dahulu. Yang menjadi mangsa ialah rakyat di kawasan itu yang mengharapkan pembelaaan yang tidak kunjung tiba sejak lima tahun di wakili pembangkang. Malah yang lebih terasa pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang ialah para pengundi di kawasan terbabit yang tegar menyokong mereka di peti undi ketika itu.

Pemimpin pembangkang daripada PKR, Pas dan Dap adalah umpama kad bayaran tol 'touch n go'. Mereka datang ke kawasan yang ingini ditandingi, buat bermacam janji manis dan palsu yang mereka tahu tidak akan ditepati, buat fitnah dan tohmah terhadap kerajaan ang di pimpin Barisan Nasional dan kemudiannya menang atas premis politik kotor yang diamalkan puak tersebut. Anwar mahu lari keluar dari Permatang Pauh kerana sudah tidak lagi mampu berdepan dengan kekuatan jentera UMNO-BN yang bakal meranapkan impian beliau ke Putrajaya.

Bukan salah BN kuat di Permatang Pauh tetapi oleh kerana tanggungjawab Anwar yang gagal menjalankan tugas sebagai ahli parlimen di kawasan itu. Daripada menjenguk pengundi serta menjaga kebajikan mereka, Anwar lebih suka berceramah ke sana ke sini, dan yang lebih menyeronokkan bagi dirinya ialah sentiasa berada di luar negara juga berceramah dan memburuk-burukkan negara dan kerajaan Malaysia. Kit Siang juga sudah buat keputusan lari dari Ipoh Timur ke Gelang Patah.

Apabila kerusi sudah goyang di Perak baru teringat kampung halaman dan sekarang mengaku pula anak kelahiran Batu Pahat, Johor walhal tidak pernah pun beliau terkenang atau sekelumit pun menabur bakti di negeri itu apatah lagi kepada penduduk kawasan Gelang Patah. Seorang lagi pemimpin Dap, Liew Chin Tong yang kini mewakili kerusi parlimen Bukit Bendera juga berura-ura bertukar selera ke Kluang pula, kononnya dia berasal dari kawasan itu.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub juga bakal menempah bala di Johor apabila menggunakan alasan negeri kelahirannnya untuk membina tapak politik baru.

Keangkuhan pemimpin pembangkang berhijrah ke Johor di desak oleh beberapa faktor politik antara yang utamanya andaian bahawa negeri kelahiran UMNO itu sudah tiba masanya menerima kehadiran kerajaan negeri pembangkang. Strategi politik cetek yang menganggap Johor 'senang di makan' sebenarnya akan memakan diri pembangkang sendiri. Tujuan Dap adalah untuk melumpuhkan pimpinan MCA di Johor berdasarkan unjuran bahawa pengundi Cina di negeri itu akan memberi undi mereka kepada calon pembangkang. Bagaimana harus di ingat pengundi Cina di Johor bukan seperti pengundi di negeri lain yang agak mudah untuk dipengaruhi pembangkang. Mereka mempunyai contoh pembbangunan pesat di negara jiran di sebelah selatan untuk dijadikan sebagai model. Melihat kepada BN yang telah membawa pembangunan pesat di Johor, pengundi Cina akan berfikir sepuluh kali sebelum bertindak untuk bertukar angin kepada Pakatan Rakyat. Ini kerana melalui dasar pro-bisnes yang menjadi tunggak pemerintahan BN, masyarakat Cina telah berjaya menguasai bidang perniagaan serta membina kekayaan bagi mereka.

Pengundi Cina di Johor tidak akan memgambil risiko besar untuk berkiblat kepada pembangkang hanya berbekalka air liur Anwar atau Kit Siang sahaja. Tempat Chin Tong yang akan dikosongkan pula bakal diisi oleh setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Lim Abdullah aka Christopher Lim yang mengeksploitasi nama pemimpin UMNO yang banyak berjasa, Tan Sri Mohd Khir Johari untuk menumpang tuah politik ayah tirinya. Nizar yang dahulunya bercadang untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Bukit Gantang yang dimenangi pada pilihan raya kecil 2009 juga kini sudah mengubah fikiran. Kini kerusi dewan undangan negeri Pasir Panjang yang kononnya menjadi benteng kuatnya mahu ditingallkan kerana merasakan Changkat Jering lebih selamat baginya.

Ini semua disebabkan perubahan suasana politik yang dilihat lebih memihak kepada BN menjelang PRU ke 13. Kalau dahulu BN dilihat lemah dan diselubungi pelabagai masalah persepsi termasuk kemelut dalaman, kini empat tahun di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, senario dan tanggapan negatif ini telah berubah secara drastik. Kalau dahulu orang BN sendiri dikatakan malu untuk dikaitkan dengan parti mereka, kini terdapat lonjakan semangat baru yang berkobar-kobar untuk memastikan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat digenggam semula dan empat buah negeri tadbiran pembangkang di rampas kembali.
Suasana kebangkitan UMNO dan BN inilah yang menggerunkan Anwar, Kit Siang, Nizar dan ramai pemimpin pembangkang yang lain.

Berdasarkan populariti BN yang semakin meningkat dan diyakini rakyat Pulau Pinang kemungkinan Setiausaha Agung Dap itu kecundang di tangan calon BN tidak boleh diperkecikan malah ia mampu diterjemahkan kepada realiti yang pahit bagi parti cauvinis Cina itu.

23 Tahun Di Tadbir Pas, Kelantan Terjerumus Ke Lembah Maksiat #Bo La Weiiii

Setelah hampir 23 tahun mentadbir kerajaan negeri Kelantan, pimpinan Pas masih lagi dilihat mengunakan Islam sebagai modal untuk menagih simpati yang dijadikan sebagai umpan untuk terus menipu rakyat. Malah Mursyidul Am, Nik Aziz selaku menteri besar sering mengunakan alasan memartabatkan Islam bagi memastikan dirinya terus kekal di tampuk kuasa.


Malah slogan Kelantan merupakan "Serambi Mekah" kerana ditadbir oleh Pas, sebenarnya adalah satu pembohongan. Sedangkan pada hakikatnya, semakin banyak gejala-gejala maksiat yang melibatkan pelacuran, penyalahgunaan dadah dan perjudian telah berleluasa di negeri yang dipimpin Pas ini.

Sebagai contoh awal tahun lalu, masyarakat didedahkan dengan laporan mengenai kewujudan sebuah kedai makan yang dijadikan sebagai pusat karaoke berhampiran rumah Menteri Besar itu. Dengan jarak hanya 600 meter, pusat karaoke itu turut menampilkan wanita dengan tarian 'goyang kucing garong' atau 'tarian punggung'.

Seterusnya Majlis Perbandaran Kota Bharu yang diberi status Bandar Raya Islam terpaksa berdepan denga kerancakan maksiat yang tumbuh bagaikan cedawan di sekitar Kota Bahru terutama di sekitar Jalan Hamzah dan Kampung Limau Manis.

Tidak cukup dengan itu negeri Cik Siti Wan Kembang itu juga pernah mencatatkan peningkatan yang mendadak bilangan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun dalam musim perayaan ini terutamanya sejak dua minggu lalu. Lebih malang dalam kebanyakan kes, mangsa dirogol secara bergilir-gilir.

Menurut angka yang dikeluarkan oleh Polis Negeri Kelantan kes penyalahaan dadah turut menunjukkan peningkatan pada tahun lalu dan menjadi penyumbang kepada peningkatan kes jenayah. Untuk tempoh Januari hingga Ogos 2012, jumlah tangkapan dadah keseluruhan ialah 9,881 orang berbanding tempoh sama pada tahun 2011 iaitu 7,908 orang, menunjukkan peningkatan sebanyak 25 peratus

Bagi kes melibatkan pengedar, sebanyak 417 orang ditahan berbanding 313 orang pada tahun lalu, peningkatan sebanyak 33 peratus. Manakala dadah paling tersohor di Kelantan ialah dari jenis pil kuda nama saintifiknya Methamphetamine (dadah sintetik – campuran bahan kimia).

Maka tidak hairanlah statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada 2011, mendapati setiap 28.8 bagi setiap 100,000 penduduk Kelantan telah dijangkiti penyakit HIV dan AIDS. Malah negeri yang dipimpin oleh mereka yang dikatakan ulama itu turut menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun, sejak 2008 hingga 2009.

Oleh yang demikian, rasionalnya Pas Kelantan dilihat GAGAL untuk membendung kegiatan tidak bermoral ini. Ia berpunca dari sikap angkuh pimpinan PAS Kelantan sehingga menyebabkan gelaja tidak bermoral itu semakin merosakkan rakyat.

Inilah yang dinamakan, "kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak". Mereka yang selama ini melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan BN/Umno kononnya tidak Islamik dan sebagai, terpaksa berdepan dengan musibah Allah SWT kerana sifat riak dan punca perpecahan.

Maka sudah tiba masanya untuk BN/Umno mengambil alih tampuk pemerintahan negeri bagi membetulkan keadaan serta membawa kemajuan sosioekonomi khusus untuk rakyat Kelantan yang terlalu jauh ketinggalan di belakang.

Kesimpulannya, kerajaan Pas Kelantan langsung tidak memperdulikan rakyatnya walaupun parti itu telah menukarkan slogan mereka kepada 'Negara Berkebajikan'. Kalau stadium yang dijanjikan 17 TAHUN yang lalu baru hendak dibina, bagaimanakah nasibnya dengan janji-janji yang pernah ditaburkan? Jawapannya 'Manifesto Bukan Janji'

Sekadar ingin bertanya, apakah jasa Pas untuk rakyat Kelantan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...