Thursday, August 22, 2013

PR Anggap Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Mesir Pembaziran

Sebuah blog pro-PR yang baru muncul, baru-baru ini menyiarkan artikel yang mengkritik tindakan kerajaan untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir.  Menurut blog tersebut, tindakan itu membazirkan beratus juta wang rakyat tanpa sebarang hasil.  Apatah lagi dengan hakikat mereka yang memilih untuk tinggal di sana juga berada di dalam keadaan selamat tanpa ada yang cedera atau terbunuh.  Justeru, tindakan kerajaan itu dilihat sebagai terburu-buru dan silap.
 
Tidak cukup dengan itu, blog tersebut juga membangkitkan soal kononnya kroni UMNO membuat untung menjadi orang tengah dalam proses membawa pulang 4,000 orang yang terlibat melalui tempahan tiket dan macam-macam lagi.  Malah, blog itu juga berhujah bahawa tiada negara lain yang membazirkan wang seperti Malaysia semata-mata untuk menyelamatkan rakyat mereka di negara yang bergolak.   Ini menunjukkan pemimpin-pemimpin UMNO hanya inginkan publisiti semata-mata, katanya.
 
Sudah tentu kita tidak bersetuju dengan PR agar kerajaan mengabaikan rakyat Malaysia di Mesir.  Tetapi, kita bersetuju jika kerajaan mengabaikan saja rakyat Malaysia penyokong Pakatan Rakyat di sana.   Bukan kita tidak tahu bagaimana budi kerajaan dibalas oleh mereka dengan tohmah, fitnah, caci dan penghinaan ketika Ops Pyramid 1 iaitu apabila pemberontakan di Dataran Tahrir merebak.  Langsung mereka tidak berterima kasih malah menganggap itu sudah menjadi tugas kerajaan.  Dan hari ini blog yang menyokong mereka sendiri mendedahkan bahawa kerajaan negara lain tidak melakukan apa yang kerajaan Malaysia atau pemimpin UMNO lakukan.  Sebenarnya apa yang pemimpin UMNO lakukan adalah amat mulia sekali kerana turut menyelamatkan rakyat yang mencercanya dan sanggup melakukannya sekali lagi.   
 
Justeru, kita berharap agar kerajaan mendengar seruan blog Negara Pakatan Rakyat ini agar meninggalkan sahaja penyokong mereka di sana.  Lagipun, dari apa yang kita lihat, ramai dari kalangan pelajar penyokong mereka yang enggan pulang.  Malah, mereka bangga menunjuk sokongan terhadap bekas Presiden, Morsi dan tidak kisah sekiranya tentera Mesir turut menjadikan mereka sebagai sasaran.   Pastinya mereka mendambakan syahid.   Oleh itu, siapalah kita untuk menghalang cita-cita mereka. Bagaimanapun, kita menyokong agar kerajaan membawa pulang hanya 'rakyat yang berguna' untuk negara sahaja iaitu penyokong-penyokong BN dan mereka yang di atas pagar.  Mereka-mereka ini pastinya mempunyai lebih kesedaran tentang pentingnya memelihara kestabilan.   Tidak seperti penyokong PR yang bakal membawa Malaysia ke arah jalan yang sama dengan Mesir bila pulang nanti.
 
Malaysia tidak perlukan manusia-manusia perosak yang tidak beradab dan tidak tahu berterima kasih.  Cukuplah kita mendapat pengajaran dari sikap bangsa Arab di Mesir yang suka bertelagah sesama sendiri.  Janganlah kita membawa pulang rakyat kita yang mempunyai mentaliti yang sama dengan bangsa Arab itu untuk memusnahkan negara ini juga.
 
Isu Kalimah Allah: Bukti UMNO Pertahan Islam

Tidak salah jika dikatakan bahawa Kalimah Allah tidak mungkin menjadi isu jika PAS tidak bersekongkol dengan DAP.  Persekongkolan PAS dengan DAP telah membawa kepada dolak-dalih dan 'flip-flop' dalam kes kitab Injil berbahasa Melayu yang menggunakan Kalimah Allah bagi menggantikan nama Tuhan Kristian.  Suatu ketika PAS menyokong DAP dan menggesa kerajaan membenarkan Injil tersebut diedar dan suatu ketika pula, PAS menafikan pula yang mereka pernah menyokong DAP dalam isu tersebut.
 
Dolak dalih atau 'flip-flop' adalah tanda kelemahan dan DAP tidak mengambil masa yang lama untuk mengeksploitasi kelemahan PAS bagi menekan kerajaan, sekali gus mencabar agama Islam serta mempromosi Kristian.  Akibatnya, kerajaan UMNO yang bertegas enggan membenarkan Injil tersebut disebar kini dicabar di mahkamah.    Perkara ini tidak mungkin terjadi jika PAS sejak dari awal lagi tidak memberi muka kepada DAP untuk memainkan isu ini.  Malang sekali apabila kerajaan telah kalah kepada pihak gereja dalam perbicaraan awal.  Dan kini, kita sedang menunggu keputusan mahkamah rayuan pula.
 
Walaupun PAS menafikan yang mereka menyokong DAP dalam isu ini, sehingga kes ini ke mahkamah, PAS terus 'malu alah' untuk ke hadapan dalam mempertahankan Kalimah Allah.  Inilah buktinya bahawa PAS sedar akan kesilapan mereka tetapi enggan mengakuinya.  Ia juga membuktikan bahawa PAS masih ingin menjaga hati DAP dan nekad untuk terus bersama DAP walaupun menyedari bahawa DAP adalah musuh Islam.  Setakat artikel ini ditulis, mahkamah masih belum membuat keputusan.   Justeru, umat Islam kini sedang menunggu dengan cemas.  Beberapa NGO turut meluangkan masa berkumpul di mahkamah, melaungkan Allahuakbar dan berdoa akan kemenangan di pihak kerajaan.   Jika PAS benar pertahankan Islam, maka PAS juga wajib menerima hakikat bahawa mereka harus turut mendoakan kemenangan kerajaan UMNO dalam rayuan kes ini.   
 
Episod ini seharusnya membuka mata semua pihak bahawa yang mempertahankan Islam itu adalah kerajaan UMNO dan bahawa kerajaan tidak pernah campurtangan dalam sistem perundangan mahupun institusi kehakiman.
 
Dengan itu, PAS seharusnya malu jika terus menggunakan hujah bahawa UMNO tidak mempertahankan Islam lagi selepas ini.  Manakala Pakatan Rakyat pula, secara keseluruhannya tidak berhak lagi menggunakan hujah bahawa kerajaan menguasai mahkamah apabila saja mereka kalah di mahkamah.

MAS Tidak Diswastakan: Bukti Najib Percaya Pada Melayu

Ramai yang mengeluh lega apabila Dato' Seri Najib mengumumkan bahawa MAS tidak akan diswastakan. MAS telah lama menjadi 'perhatian' rakyat kerana syarikat penerbangan nasional ini telah mencatatkan kerugian yang berterusan selama beberapa tahun.  Akibatnya, ramai yang menyalahkan kerajaan dengan mengheret sekali nama UMNO dan Barisan Nasional sebagai tidak cekap, korup dan sebagainya.  

Apatah lagi di zaman internet ini di mana  hampir tiada lagi yang menjadi rahsia termasuk segala kontrak, vendor atau pembekal yang berurusan bagi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.   Oleh itu, tidak hairanlah apabila ada cadangan agar MAS diswastakan bagi mengelak nama kerajaan dan UMNO/BN terjejas dengan sikap mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab yang mungkin terlibat dengan sebarang urusan syarikat tersebut. Walaupun begitu, MAS tetap dilihat sebagai simbol dan maruah negara memandangkan ia membawa status 'nasional'.  Rata-rata, rakyat turut berkongsi kebanggaan dengan pencapaian MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan yang berprestij yang menawarkan perkhidmatan cemerlang dengan rekod keselamatan yang sempurna.  Walaupun bersaing dengan syarikat penerbangan lain, MAS tidak pernah mengalami penurunan jumlah penumpang.  Ia terus dipuji dan disanjung sebagai pilihan utama dalam memilih syarikat penerbangan. 

Jumlah penumpang yang ramai dan reputasi yang hebat sudah cukup untuk memberi kita keyakinan bahawa MAS masih punya harapan untuk pulih dari kerugian. Oleh itu, keputusan Dato' Seri Najib untuk tidak menswastakan MAS merupakan keputusan yang tepat.  MAS belum rosak sepenuhnya, malah ia berpotensi untuk 'terbang lebih tinggi'.   Apa yang ia perlukan hanyalah pengurusan yang cekap, bijak dan ikhlas untuk memastikan syarikat ini berjaya.   Memandangkan syarikat ini berkait rapat dengan kerajaan, pengurusan MAS juga wajib mempunyai ketegasan yang tinggi dan mungkin juga keberanian untuk menolak sebarang pengaruh politik dalam membuat keputusan.  Walaupun perniagaan mungkin akan lebih maju jika mempunyai kaitan dengan rangkaian politik, tetapi 'pengurusan perniagaan' dan 'ahli politik' seringkali merupakan gabungan yang memusnahkan.   Pun begitu, dalam mengejar keuntungan kita tidak harus membelakangkan semangat nasionalisme dan patriotisme. 

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa isu MAS mampu memberi impak besar kepada kerajaan BN.  Cara isu ini ditangani mampu memberi gambaran yang lebih jelas akan halatuju dan juga prinsip yang dipegang oleh kepimpinan hari ini.   Nampaknya, Dato' Seri Najib telah membuat keputusan yang menepati harapan rakyat sekali gus berjaya meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya.

Friday, August 2, 2013

DAP Sedia Pecat 753 Perwakilan India

Kes penipuan dalam pemilihan CEC DAP mencatatkan sejarah menarik dalam politik Malaysia.  Sebuah parti pembangkang yang begitu lantang melaungkan ketelusan dan keterbukaan serta sering menghentam kerajaan kerana korup dan sebagainya kini terpahat sebagai parti paling hipokrit dan penipu tegar.
 
Melalui penipuan ini juga terbukti kini bahawa DAP adalah parti paling rasis.  Ini kerana siasatan mendapati bahawa DAP telah dengan sengaja tidak menghantar notis kepada 753 orang ahli dari kaum India yang layak menjadi perwakilan. Selain itu, pengiraan semula yang dibuat pula membuktikan berlakunya manipulasi di mana DAP dengan sengaja memenangkan Zairil Khir Johari setelah pengiraan awal menyaksikan tiada langsung wakil dari kaum Melayu terpilih. 
 
Namun, cubaan DAP untuk mengaburi sikap rasis mereka melalui perlantikan Zairil hanya menyebabkan sikap tersebut semakin terserlah kerana Zairil bukan Melayu tetapi Cina.  Kenapakah seorang Cina yang diangkat dan diumumkan sebagai 'wakil Melayu' melainkan kerana DAP terlalu rasis sehingga tidak sanggup meletakkan Melayu dalam barisan kepimpinan parti itu?  Tidak cukup dengan tidak telus, menipu dan rasis, DAP juga kini terbukti sebagai kejam apabila menolak keputusan ROS agar diadakan pemilihan semula.  Sudah tentu sekali DAP tidak sanggup mengadakan pemilihan semula kerana ia akan bermakna mereka terpaksa menjemput 753 orang perwakilan India yang telah diketepikan sebelum ini.  Ini juga bermakna mereka perlu menghadapi kemungkinan Zairil mendapat undi corot sekali lagi sepertimana pengiraan awal.   Malah, ia mungkin menyebabkan kedudukan Guan Eng dan kroni  serta kuncunya terpelanting.
 
Untuk mempertahankan kedudukan, DAP tidak akan sekali-kali membela hak perwakilan yang telah diragut mereka.  Malah, DAP sanggup memecat 753 orang perwakilan India itu pada bila-bila masa asalkan tiada pemilihan semula.  Tidak mustahil, inilah sebenarnya yang DAP mahukan iaitu agar semua ahli-ahli faham bahawa kepimpinan DAP adalah hak kaum Cina dan kaum-kaum lain hanya diperlukan untuk menutup warna rasis parti itu sahaja.  Justeru, kaum India dan Melayu tidak perlu susah-susah bertanding mahupun menghadiri mesyuarat parti, cukup dengan menjadi kuli dan balaci untuk meraih undi Melayu dan India.  Jika sikap DAP ini bukan rasis, samseng, diktator dan kejam, maka apakah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan mereka?   Nampaknya, pemimpin-pemimpin DAP mempunyai sikap jahat yang lengkap termasuk hipokrit, penipu dan tidak tahu malu.  Biar seluruh dunia mengetahui yang mereka menipu, asalkan mereka dapat memastikan kaum mereka berkuasa.
 
Jelas, DAP adalah sebuah parti yang langsung tidak mempunyai nilai-nilai murni kemanusiaan dan ketamadunan.  Bayangkan sekiranya parti ini berjaya menjadi pemerintah, pastinya 'tragedi 14 hari Malaya di bawah penguasaan komunis' akan berulang.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...