Wednesday, February 26, 2014

21 DALIL KENAPA ANWAR IBRAHIM TAK LAYAK JADI MB SELANGOR

21 DALIL KENAPA ANWAR IBRAHIM TAK LAYAK JADI MB SELANGOR:

1. Di bawah undang2 Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Perkara 52 (2)(a) dan Perkara 53 kuasa melantik MB adalah atas budi bicara DYMM Sultan Selangor. Adakah Anwar direstui oleh Sultan Selangor?

2. Secara tradisinya perlantikan MB Selangor adalah dari kalangan mereka yang lahir di Selangor. Dah sahih Anwar lahir di P.Pinang.

3. Seseorang yang nak dilantik sebagai MB Selangor mesti seseorang yg tiada rekod jenayah. Seseorang yg bergelar Dato' pun akan ditarik balik darjah Dato' Selangor jika ada kes di mahkamah. Inikan pula dalam kes DSAI yg telah sabit dihukum penjara 6 tahun.

4. Imej DSAI peringkat antarabangsa yg berhubung rapat dgn pro zionis  terutamanya dgn Kumpulan Yahudi Jerman iaitu Konrad Adenauer Foundation (KAF).

5. Keretakan dalam Pakatan Pembangkang sendiri yg mana terdapat di kalangan pimpinan Dap, Pas dan PKR sendiri yang tidak setuju keputusan anwar utk tannding di PRK Kajang dan menyingkirkan Khalid sbg MB Selangor. Masih ramai Adun2 Dap,Pkr dan Pas mahukan T.Sri Khalid kekal sbg MB.

6.. Majoriti Ngo2 Melayu Islam tempatan di Selangor menolak dan membantah beberapa pendirian Anwar dalam soal survival melayu dan Islam di Selangor. Anwar lebih mirip kpd fahaman liberalisme dan pluralisme agama KHUSUSnya dalam pendiriannya menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja yg ditentang hebat oleh Ngo2 Islam seperti ACCIN dan  PEMBELA termasuk rakan2 lamanya dalam ABIM.

7. Anwar secara terbuka telah menyokong  keselamatan Israel yg disiarkan dlm The Wall Street Journal ( WSJ) bertarikh 26 Januari 2012 dgn melafazkan kata sokongan kpd segala usaha utk menjaga keselamatan negara Israel dgn berhasrat utk membuka hubungan diplomatik bersama Israel. Ini bercanggah dgn dasar luar negara yg tidak mengikhtiraf kewujudan negara Israel.

8. Anwar telah dikenali umum oleh bekas2 rakan karibnya dalam ABIM termasuk oleh Allahyarham Dr Uthman ElMuhammady sbg seorang yg berfahaman pluralisme agama yg menganggap semua agama di dunia ini sama saja matlamatnya untuk kebaikan dan akan ke syurga. Tak layak jadi MB Selangor kerana MB mesti seseorang yg kuat berpegang kpd Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Pluralisme Agama terkeluar dari agama Islam.

9. Anwar telah menunjukkan sikap takabbur apabila mengesahkan dalam wawancara dgn Australia Network's Newsline (Jim Middleton) yg disiarkan 7 Feb 2014 bahawa beliau sedang dlm perbincangan dgn Tan Sri Khalid utk menggantikan sbg MB Selangor yg baru. Sedangkan pd 29 Januari Pas selangor menolak secara terbuka perlantikan Anwar sbg MB Selangor yg baru...

10. Diperingkat serantau Anwar telah menjalin hubungan rapat dgn Jaringan Islam Liberal (JIL) yg dah diketahui umum mendapat bantuan dana drpd musuh2 Islam bagi menyebarkan fahaman pluralisme, Liberalisme dan sekularisme di Indonesia.

11. Anwar disebut2 untuk merencanakan menjadikan Malaysia sbg sebuah negara republik. Beliau sebelum ini merupakan pengasas dan bekas presiden Foundation for the future (FFF) YG terlibat secara proaktif memulakan 'Arab Spring' di negara2 timur tengah yg menyaksikan kejatuhan kerajaan2 di sana.

12. Cara perletakan jawatan ADUN Kajang dari PKR adalah tidak bermaruah dah bermoral..Dah menang besar majoditi 6824 undi tapi menyalahgunakan proses demokrasi utk kepentingan Anwar yg gagal jadi PM pada PRU 13..Disyaki ada unsur rasuah dan sogokan oleh Anwar kpd ADUN Kajang ntuk mengosongkan kerusi berkenaan.

13. Anwar masih lagi dalam proses menghadapi kes rayuan Peguam Negara terhadap kes liwat kedua Mohd Saiful Bukhari..Jika dlm rayuan nanti Anwar didapati bersalah maka kedudukan Anwar sbg ADUN Kajang dan juga MB Selangor akan bermasalah dan menjadi konflik baru kepimpinan negeri di Selangor. Lebih selamat jika Sultan Selangor tidak melantik Anwar sbg MB dari awal lagi.

14. Terdapat tidak kurang 12 kes2 lain di mahkamah Sivil, sama ada yg sedang berjalan, telah diputuskan atau telah ditarik balik yg melibatkan saman jutaan ringgit oleh atau terhadap Anwar sendiri. Adakah rakyat Selangor mahu melihat MB selangor lepas ni kerjanya hanya naik turun mahkamah.


15. Anwar pernah menipu rakyat tentang provokasi murahannya utk ambil alih Perdana Menteri Malaysia pada 16 Sep 2008 dgn memberi tempoh 2 minggu kpd Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dgn mendakwa ada 31 ahli Parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan Pembangkang. Ternyata omong kosong.

16. Anwar seorang pemimpin yg tiada nilai integriti dgn sering memutarbelitkan pendirian beliau dan juga org lain dalam pelbagai isu. Beliau sudah hilang integriti dan tidak layak memimpin khasnya utk dilantik sbg MB Selangor.

17. Anwar sering diserang secara peribadi yg membongkar perlakuan buruk akhlaknya oleh bekas teman2 rapat beliau. Namun beliau membisu dan tidak berani mengheret dan menyaman malu ke mahkamah atas fitnah. Jika ada yg disaman ke mahkamah seperti dr chandra muzaffar maka Anwar tarik semula saman tersebut kerana tak berani berhadapan dgn kenyataan2 benar jika dibicarakan di mahkamah.

18. Fahaman pro republikan yg menjadi aspirasi perjuangan Anwar ke Putrajaya dgn mencanangkan kuasa rakyat akan mengakibatkan semua agenda Islam, Melayu dan Mendaulatkan Institusi Raja2 Melayu terus terpinggir. Akhirnya Institusi Raja akan diruntuhkan.

19. Anwar sering menggunakan kaedah2 yg tidak beretika iaitu matlamat menghalalkan cara utk mencapai sesuatu cita2nya.

- Tahun 1999 mendakwa terdapat konspirasi terancang utk membunuhnya dgn racun arsenic dan suntikan virus HIV dalam penjara..

- Tahun 2001 berlakon sakit tulang belakang hingga terpaksa berkerusi roda dan memakai pendakap leher.

- Tahun 2004 mendapatkan rawatan sakit belakang di Hospital Munich, Jerman dlm keadaan berjalan sendiri dan memakai pendakap leher.

- Tahun 2008 mendapatkan perlindungan di kedutaan Turki dgn alasan ada pihak mahu membunuhnya sedangkan beliau lari drpd soal siasat polis dlm kes saiful.

-2008 mendakwa 31 MP BN sedia untuk keluar BN menyertai pakatan pembangkang.

-2009 mendakwa Prof Dr Yusof al Qardhawi menyokongnya dlm kes tuduhan liwat oleh Saiful.

20. Kebanyakan kawan2 karib beliau serta pegawai2 yang pernah rapat dgn beliau telah bermufaraqah dgn beliau. Antaranya Dato Dr Sidiq Baba, Hj Ismail Mina, Dr Halili Rahmat, Anuar Shaari bekas su sulitnya, Dato Zulkifli Nordin bekas peguambelanya, Dr Chandra Muzafar, Ezam Mohd Nor bekas Supolnya dan ramai lagi.

21. Anwar juga sering terlibat dlm majlis2 dan perhimpunan2 yg melanggar perundangan negara seperti BERSIH, Seksualiti Merdeka, Blackout 505.

Kesemua fakta dan 21 DALIL ini membuktikan bahawa Anwar tidak layak dipilih sbg ADUN KAJANG dan MB SELANGOR.

Tuesday, February 25, 2014

Showcase Usahawan IKS 2014 Melaka/Kedah @MukhrizMahathir @idrisharon66

Kedah sedang mengintai peluang serta potensi produk-produk industri kecil dan sederhana (IKS) dari negeri itu untuk diperkenalkan di negeri ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kejayaan Melaka sebagai negeri pelancongan yang pesat dengan pelbagai aktiviti pelaburan menjadi contoh buat Kedah untuk diaplikasikan.

Menurutnya, impak daripada menembusi pasaran negeri itu, produk-produk IKS Kedah secara tidak langsung akan turut dipromosikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

"Kadang-kadang kita lebih mengutamakan lawatan ke luar negara walhal dalam negara sendiri terlalu banyak pengalaman yang sangat relevan yang boleh kita pelajari dan contohi dari kalangan rakan-rakan di negeri lain.

"Impak jangka masa pendek menerusi pameran usahawan secara tidak langsung dapat mempromosikan produk keluaran Kedah ke Melaka di samping melihat produk-produk keluaran Melaka yang berjaya diusahakan dari segi promosi dan pembungkusannya.

"Untuk jangka masa panjang pula, kita akan melihat aspek promosi serta pembangunan sektor pelancongan negeri Melaka yang boleh diteladani bukan hanya untuk Pulau Langkawi, malah Kedah sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Showcase Usahawan IKS 2014 sempena Program Jalinan Transformasi antara kerajaan negeri Kedah dan Melaka di pasar raya Mydin, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini semalam.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Program tiga hari bermula semalam itu melibatkan sebanyak 28 pengusaha produk IKS dengan 24 daripadanya terdiri daripada usahawan IKS dari negeri Kedah dan selebihnya dari Melaka.

Mereka terdiri daripada pengusaha produk kosmetik, produk berasaskan beras, pertanian, makanan dan kraftangan.

Mukhriz berkata, selain usaha berorientasikan eksport, tumpuan dengan mencari ruang bagi pasaran dalam negeri akan membantu memartabatkan produk tempatan yang lebih murah serta diyakini halal dan bersih.

Katanya, limpahan manfaat ekonomi sehingga ke ceruk kampung dan desa dapat dinikmati bersama apabila produk-produk keluaran pengusaha IKS mendapat permintaan yang tinggi.

"Sudah tentu keadaan ini mampu membentuk satu kitaran ekonomi yang lebih meluas dan menyeluruh, lantas, agihan kek ekonomi dan kemakmuran negara boleh disebarluaskan sekali gus jurang pendapatan antara penduduk bandar dan luar bandar dapat dikecilkan," katanya.

source: utusanonline

Isu Air: PR Buat Agihan Terpilih Untuk Jatuhkan Khalid?

Dalam keadaan di mana rakyat begitu tertekan dengan masalah ketiadaan air, pemimpin PR di negeri ini masih terus berpolitik.  Malah, terdengar cakap-cakap di kedai kopi bahawa krisis air ini turut dijadikan 'modal' politik dalam perebutan jawatan Menteri Besar di antara pemimpin PR.
 
Dalam hal ini, maka Khalid Ibrahim pastinya menjadi sasaran paling tepat untuk dipersalahkan.  Apatah lagi dengan kenyataan-kenyataan Khalid mengenai isu air sebelum ini telah meletakkan dirinya sebagai seorang yang perlu bertanggungjawab 100%.  Namun, apa yang berlaku ialah ia masih lagi belum selesai dan rakyat semakin tertekan sedangkan pemimpin-pemimpin PR negeri terus bertelagah sesama sendiri.  Lebih malang lagi apabila seluruh tumpuan pemimpin Selangor kini diarahkan kepada PRK Kajang dan tiada siapa pun nampaknya yang prihatin dengan nasib rakyat Selangor dalam menghadapi krisis air.
 
Dalam pertelagahan ini, yang menjadi taruhan tentulah jawatan Khalid Ibrahim.  Seperti yang kita tahu, Anwar Ibrahim adalah antara salah seorang pemimpin PR yang sedang 'bersedia' untuk mengambil alih jawatan MB dari Khalid Ibrahim.  Desas-desus kedengaran bahawa terdapat sabotaj di kalangan PR sendiri untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim melalui isu air iaitu dengan cara membuat agihan bantuan bekalan secara terpilih sekadar untuk menaikkan kemarahan rakyat.
 
Semakin rakyat tertekan dengan masalah air, semakin beranglah mereka terhadap kerajaan negeri dan semakin mudahlah kerja pihak yang ingin menjatuhkan Menteri Besar.  Dalam satu sessi dialog dengan Exco Selangor, YB Dr. Yaakob Sapari di kediaman MB Selangor pada 6 Ogos 2012, Anwar dengan yakin sekali menyatakan bahawa 'isu air boleh selesai' dan satu-satunya cara penyelesaian ialah dengan meletakkan PR di Putrajaya.
 
Krisis air adalah masalah kerajaan negeri dengan syarikat konsesi yang berpunca dari kedegilan pihak kerajaan negeri.  Justeru, seorang Menteri Besar sahaja sepatutnya mampu menyelesaikannya tanpa perlu menjadi Perdana Menteri.  Anwar pasti tahu perkara ini tetapi mungkin sengaja membiarkan krisis berlarutan kerana yang akan dipersalahkan bukan dirinya, tetapi Khalid Ibrahim.
 
Jika teori ini benar, maka ini bermakna bahawa PRK Kajang bukan sahaja membazir tetapi merupakan pilihanraya yang benar-benar menganiaya rakyat demi keuntungan politik seorang individu iaitu Anwar Ibrahim.

Friday, February 21, 2014

Hari Inovasi Negeri Melaka Tahun 2014. @idrisharon66 @emysamsudin

Hari Inovasi dan Hari Bersama Pelanggan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2014 akan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri ir Hj Idris Bin Hj Haron, Ketua Menteri Melaka pada:-

Tarikh: 25 Februari 2014 (Selasa)
Tempat: Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tema majlis pada tahun ini adalah Transformasi Merakyatkan Perkhidmatan Awam.

Ayuh warga Negeri Melaka semua kita berkunjung dan meramaikan majlis pada hari tersebut. Pengunjung boleh berinteraksi secara bersemuka bersama Jabatan/Agensi yang membuka booth pameran pada hari tersebut.

Chew Mei Fun Calon BN di PRK Kajang

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Kajang. Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di Menara Dato Onn hari ini.

Thursday, February 20, 2014

DAP Cuba Cetuskan Rusuhan di Pulau Pinang?

Manusia yang tidak belajar dari sejarah akan dihukum untuk melalui sejarah tersebut berkali-kali.  Sejarah 13 Mei 1969 telah mengajar kita mengenai pentingnya toleransi dan hormat-menghormati dalam hubungan antara kaum.  Ia juga mengajar kita bahawa toleransi dan hormat-menghormati pula bukan bermakna yang kita harus bersikap 'tidak-apa' terhadap setiap provokasi yang ditujukan kepada kita.
 
13 Mei memperlihatkan kepada kita bagaimana sikap 'tidak-apa' satu pihak telah diambil-mudah oleh pihak lain untuk memijak dan menindas mereka.  13 Mei bukan berlaku secara spontan, tetapi dirancang rapi oleh pihak yang menyokong parti Gerakan-DAP menjelang PRU 1969 yang ingin merampas kuasa politik Melayu.   Ia dibuktikan melalui penemuan stok-stok makanan dan senjata yang disembunyikan di beberapa kawasan strategik, pastinya sebagai bekalan untuk melalui keadaan darurat yang dirancang mereka.
 
Untuk merealisasikan huru-hara yang dirancang tersebut, pemimpin-pemimpin kaum Cina terlebih dahulu menyalakan api melalui ceramah-ceramah berbaur hasutan terhadap kerajaan.  Mereka menanam prasangka dan kebencian yang meluap-luap terhadap orang-orang Melayu sementara di masa yang sama, meniupkan rasa angkuh dan bongkak ke dalam diri mereka sendiri kerana berjaya menguasai ekonomi negara ini.
 
Kempen PRU yang panjang iaitu 21 hari pada ketika itu digunakan sepenuhnya oleh parti yang mewakili kaum Cina untuk menyemarakkan permusuhan.  Sementara itu, orang-orang Melayu masih lagi alpa, masih bersangka baik dan tidak percaya yang pendatang yang mereka terima sebagai tetamu, jiran dan sahabat rupa-rupanya langsung tidak menghargai keikhlasan dan pengorbanan mereka.
 
Kini, sejarah ini telah berlalu, namun, beberapa orang yang terlibat dalam peristiwa itu masih lagi hidup.  Malah, antara yang ditangkap sebagai penghasut, iaitu Lim Kit Siang mendapat tempat pula dalam politik negara sebagai pemimpin pembangkang.  Anaknya juga kini berjaya menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang.
 
Seperti yang kita sedia maklum, Lim Kit Siang tidak pernah merasa kesal atau bersalah kerana mencetuskan 13 Mei malah cuba menafikan yang beliau terlibat.  Apa yang jelas kelihatan hari ini ialah, sikap bongkak, angkuh dan juga rasa benci Lim Kit Siang anak-beranak dan juga parti DAP terhadap orang Melayu masih belum pudar malah semakin hebat. 
 
Lebih buruk lagi, Kit Siang cuba menyalahkan UMNO dan menghabiskan seluruh hidupnya untuk menukar sejarah 13 Mei bagi memperlihatkan ia dimulakan oleh UMNO dan bukan pihaknya.
 
Hari ini, dengan kuasa di beberapa negeri telah dimiliki oleh DAP sama ada secara langsung atau melalui proksi, maka Kit Siang melihat peluang untuk mengukuhkan ceritanya bahawa kononnya UMNOlah yang memulakan 13 Mei.  Untuk itu, Kit Siang memerlukan agar 13 Mei berulang tetapi perlu memastikan yang dirinya tidak dipersalahkan.
 
Sekiranya benar, bagi menjayakan matlamat ini, Kit Siang perlu menaikkan kemarahan orang Melayu sehingga mereka yang memulakan amukan.   Dari apa yang dapat dilihat kini, nampaknya itulah yang Kit Siang sedang lakukan.
 
Kebencian terhadap orang Melayu yang disemai oleh DAP di sekolah-sekolah vernakular, di dalam akhbar-akhbar berbahasa Cina dan juga di laman-laman sosial kini telah membuahkan hasil.  Api kebencian antara kaum semakin membesar.  DAP pastinya tahu, bahawa jika mereka ingin mengulangi 13 Mei, maka inilah masanya.
 
Maka tidak hairanlah, sejurus selepas berkuasa penuh di Pulau Pinang, DAP mula menunjuk bongkak.  Parti itu secara terang-terangan menindas Melayu dengan cara merampas tanah dan premis perniagaan tanpa belas kasihan.  Sikap berat sebelah dipertontonkan tanpa tapisan.  DAP seolah-oleh berkata 'aku berkuasa, apa yang kamu boleh buat?'
 
DAP memberi tekanan kepada pembeli rumah dan juga peniaga berbangsa Melayu dengan berbagai cara.  Di masa yang sama, DAP mengerahkan jentera siber dan menggalakkan penyokongnya mencabar dan menghina Melayu semahu-mahunya.
 
Pemimpin DAP sendiri secara aktif menggunakan media sosial mereka untuk menunjuk kebencian, melabel, mengejek dan merujuk kepada pemimpin Melayu-UMNO dengan panggilan-panggilan yang buruk bagi mengundang  kemarahan dan tindak balas orang-orang Melayu.
 
Tidak cukup dengan itu, DAP menyentuh soal agama dan cuba melaga-lagakan Kristian dengan Islam.
 
Semua ini dilakukan oleh secara jelas dan sengaja serta 'bersiri'.  
 
Apabila saja terdapat tindakbalas dari orang-orang Melayu, maka DAP akan menuduh orang-orang Melayu sebagai ekstrem, radikal serta rasis.   Akhir-akhir ini, Lim Kit Siang dilihat lebih 'agresif' lagi apabila hampir setiap hari beliau menulis mengenai 'kemungkinan berlakunya 13 Mei yang dimulakan oleh golongan ekstrem'. 
 
Hakikatnya, yang ekstrem di sini adalah Kit Siang dan DAP.  Kit Siang adalah ekstremis Cina yang berlindung di sebalik nama 'rakyat yang berjiwa Malaysia', walhal seluruh perjuangannya adalah untuk menghapuskan kuasa politik Melayu serta mengubah struktur Malaysia seratus peratus agar memberi kelebihan kepada kumpulan yang menguasai ekonomi negara, iaitu 'kaum Cina'.
 
Tuduhan Kit Siang bahawa terdapat Melayu ekstremis hanyalah untuk menutup sikap ekstremis dirinya sendiri.  Jika benar Melayu itu ekstremis, tidak mungkin orang-orang Cina akan menjadi kaya kerana kuasa beli terbesar adalah di tangan Melayu.  Jika benar Melayu itu ektremis dan UMNO itu tidak adil terhadap minoriti, maka Kit Siang tidak mungkin hidup dan menjadi pemimpin parti politik pada hari ini, apatah lagi bersikap celupar dan biadap menuduh itu dan ini terhadap kerajaan.
 
Melayu sentiasa mengajak kepada perpaduan, buktinya ialah kita sentiasa mengimpikan satu sekolah untuk semua kaum.  Hanya kaum Cina sahaja yang beria-ia ingin terus terpisah dari arus pendidikan nasional.
 
Oleh itu, fikirkanlah sendiri, siapa yang bongkak, siapa yang rasis, siapa yang ekstremis dan siapa sebenarnya yang sedang giat berusaha untuk mengulangi 13 Mei?

Rombakan Kabinet Perkara Biasa, Bukan Isu

Perletakan jawatan Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri disambut baik oleh rakyat.  Perlantikan beliau sejak dari awal menimbulkan kontroversi dan ketidakpuasan hati banyak pihak.   Kegagalan beliau menjalankan tugas dan lebih banyak memberi masalah kepada kepimpinan membuktikan bahawa perlantikannya adalah satu kesilapan sepertimana yang khuatiri rakyat.
 
Sesungguhnya, Malaysia bersyukur kerana beliau telah meletakkan jawatan dan tidak lagi 'menyumbang' kepada pembaziran negara. 
 
Dengan perkembangan terbaru ini, rombakan kecil kabinet pastinya perlu dilakukan. Untuk itu, kepimpinan juga dijangka menunggu keputusan Mesyuarat Luar Biasa MCA yang bakal berlangsung pada 23 Februari ini, berkenaan jawatan kabinet yang telah ditolak oleh parti itu berikutan prestasi buruk dalam PRU-13.
 
Sekiranya MCA membuat keputusan untuk menerima semula jawatan kabinet, maka Datuk Seri Liow Tiong Lai dilihat sebagai personaliti paling layak untuk jawatan Menteri Pengangkutan yang kini dipangku oleh Menteri Pertahanan, Dato' Seri Hishamuddin.  Liow Tiong Lai telah memenangi PRU-13 dengan 'bergaya' di kala hampir keseluruhan jentera partinya 'kaku'.
 
Jawatan Waythamoorty pula dijangka akan dibuka kepada personaliti dari MIC demi kesinambungan perjuangan membela kaum India.
 
Selain dua jawatan ini, tidak ada sebarang perubahan besar serta tiada sebarang penambahan jumlah anggota kabinet dijangka berlaku.
 
Rombakan kabinet adalah perkara biasa apabila berlaku perubahan dalam pentadbiran. Justeru, tiada apa-apa yang pelik mahupun petanda buruk mengenai rombakan ini, seperti yang cuba digambarkan oleh sesetengah pihak.

Satira Teresa Kok Berjaya Raih Simpati Terhadap Ayam

Jawatan sebagai pemimpin atau wakil rakyat bukanlah untuk manusia yang tidak tahu adab dan adat.  Seorang pemimpin atau wakil rakyat seharusnya mempunyai karisma dan pengetahuan yang cukup serta pandai menyesuaikan diri mengikut tempat dan keadaan.
 
Malangnya, hari ini kita melihat begitu ramai 'apek jual ikan' dan 'nyonya jual sayur' memegang jawatan sebagai wakil rakyat mahupun pemimpin negeri.
 
Justeru, tidak hairanlah Malaysia kini menjadi berserabut dan riuh-rendah seperti pasar.  Pada Tahun Baru Cina yang lepas, tidak cukup dengan kita terpaksa menahan sabar dengan kebisingan bunyi mercun di sana-sini, kita juga turut diganggu dengan keriuhan video 'satira' nyonya Teresa Kok yang begitu gembira sekali meraikan Tahun Baru Cina dengan mengejek orang.
 
Sebagai respon kepada 'satira' Teresa Kok, ia disambut dengan 'satira penampar RM1,200 dan menyembelih ayam' oleh orang-orang Melayu. 
 
Malangnya, Teresa Kok tidak faham 'satira demonstrasi bantahan' tersebut dan menganggapnya sebagai ugutan 13 Mei.
 
Dalam usaha membela diri, Teresa Kok menyatakan bahawa orang-orang Melayu telah tersalah faham maksudnya kerana orang-orang Melayu tidak faham bahasa Mandarin. Nampaknya, Teresa Kok juga tersalah faham satira balas orang-orang Melayu kerana beliau tidak fasih Bahasa Melayu.  Buktinya adalah surat rasmi dari pejabat Teresa yang pernah memenuhi internet pada tahun 2010 dahulu akibat Bahasa Melayu yang lintang pukang seperti bukan rakyat Malaysia.
 
Walaupun semuanya hanya 'satira', namun Teresa Kok ingin memastikan isu ini diperpanjangkan.  Harapan Teresa Kok ialah keriuhan isu satira ini akan membantu menutup pendedahan mengenai penglibatannya dalam projek RM1 billion oleh Goldsino Investment di atas tanah Yayasan Selangor.
 
Lagipun, Teresa suka dengan publisiti yang diperolehi di mana beliau kini seolah-olah menjadi 'hero' hanya kerana pandai mengejek orang Melayu.
 
Bagi memastikan watak 'hero'nya menjadi lebih dramatik, maka Teresa perlu memasukkan unsur-unsur samseng di dalam penceritaan.  Dengan akal tahap nyonya jual sayur, Teresa tidak mampu mencari idea lain untuk menjadikan dirinya lebih 'hero' melainkan mengikut skrip biasa DAP, iaitu 'menerima ugutan'.
 
Di dalam Malaysia ini, parti DAPlah yang paling sering menerima ugutan.  Apabila saja pemimpin mereka terdesak dan terperangkap dalam sesuatu isu, maka bersedialah untuk mendengar berita yang mereka menerima ugutan.  Selama hayat DAP, entah berapa kali kita mendengar si Karpal Singh menerima peluru. Hannah Yeoh juga kononnya pernah menerima ugutan hanya kerana kes tidak sensitif terhadap ibu mengandung.  Begitu juga dengan Teo Nie Chin, walhal namanya pun hampir tidak dikenali di kalangan rakyat marhaen.  
 
Nampaknya, walaupun Anwar Ibrahim sering mewar-warkan yang nyawa beliau dalam bahaya tetapi Anwar juga tidak menerima ugutan sepertimana DAP.  Hanya DAP sahaja yang sering menjadi sasaran tukang ugut.
 
Di dalam Malaysia ini juga, parti yang sering dikaitkan dengan sikap suka mengugut atau lebih tepat 'mengilas tangan', ialah DAP.  Beberapa pemimpin dan ahli DAP yang bertindak keluar parti juga mengakui perkara ini.  
 
Pendek kata, skrip drama ugut-mengugut ini adalah skrip asal DAP.  Sikap DAP yang gemar membela penjenayah juga membuktikan yang parti itu telah biasa dengan taktik ugut-mengugut.   Apatah lagi dengan 'adegan' simbah cat di pejabat Teresa Kok.  Seperti yang kita tahu, menyimbah cat adalah sinonim dengan taktik para 'Along' yang mana turut dikaitkan sebagai rangkaian DAP, berdasarkan percambahan aktiviti gelap sejak PR memerintah Selangor.
 
Justeru, apabila Teresa Kok atau Karpal Singh atau Teo Nie Ching atau Hannah Yeoh menjerit kononnya menerima ugutan, rakyat melihatnya sebagai satu 'satira' sahaja.
 
Nasihat kita kepada DAP, kalau pun terdesak sangat ingin mengulangi 13 Mei tetapi takut untuk memulakannya, tak perlulah menggunakan skrip sitcom ugut-mengugut yang sama kerana ia tidak kelakar lagi.  Sendiri ugut, sendiri takut, sendiri buat, sendiri tanggunglah.  Tak perlulah bising-bising menyalak macam anjing!
 
Bagaimanapun, sekiranya benar pemimpin DAP itu semua telah diugut, maka mungkin mereka perlu melihat kembali rangkaian penjenayah yang telah dibela oleh peguam-peguam DAP dan PKR selama ini.  Mana tahu, kalau-kalau ada yang 'tersinggung' dengan mereka.
 
Selain itu, tidak semestinya ugutan itu bermotif politik.  Mana tahu kalau-kalau projek RM1 billion Teresa mempunyai masalah sehingga menaikkan kemarahan orang-orang tertentu?  Bukan begitu?

Perbezaan 'Cat Simbah VS Cat Tumpah'





Hebahan: Program 10,000 Langkah PSM Bersama Ketua Menteri Melaka

Perbadanan Stadium Melaka menjemput warga Melaka utk hadir ke:

Program 10,000 Langkah PSM Bersama Ketua Menteri Melaka

Perasmi: YAB Datuk Seri Ir Idris Haron, Ketua Menteri Melaka
Tempat: Kompleks Sukan Hang Jebat, Krubong, Melaka
Tarikh: 22/2/2014 hari Sabtu
Bermula: 07:00 hingga 10:00 pagi. 

Acara dimulakan dengan Senamrobik, Pelepasan Berjalan 10,000 Langkah dan Cabutan Bertuah. Semua yg hadir akan mendapat "goodies pack" dan Sijil Penyertaan.
 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...